Salam,
1. Minum segelas air kira-kira setengah jam setiap kali sebelum makan. Ini juga mampu membantu anda mengawal berat badan dan pemakanan. ~perut tidak terlalu lapar ketika mula makan dan menyenduk makanan.
2. Pilih minuman (sihat rendah kalori) yang anda paling suka kerana lagi anda suka, lagi banyak anda minum :)
3. Minum air setiap kali anda selesai makan makanan ringan. (makin kerap makan, makin kerap la minum )
4. makan lebih banyak sayur dan buah-buahan kerana ia juga mengandungi kandungan air yang tinggi.
5. Simpan botol air dimana sahaja yang senang di capai - dalam beg, dalam kereta, atas meja.. (terutamanya jika anda bekerja di dalam aircond atau dibawah terik matahari)
dan..jika anda sedang menyusukan bayi, minum air setiap kali sebelum dan selepas menyusukan dapat menggalakkan penghasilan susu badan...Ibu-ibu yang menyusukan memerlukan air yang lebih kerana cecair badan(susu) akan keluar dengan lebih kerap.
No comments:
Post a Comment