Tuesday, February 24, 2015

8 tanda awal kekurangan kalsium.

Salam sejahtera ;)

Kalsium merupakan antara keperluan nutrient badan yang paling penting. Ia bukan sahaja bertujuan memastikan tumbesaran dan kesihatan tulang dan gigi, malah ia juga memastikan hati, otot dan sistem saraf berfungsi dengan lancar...Cukupkah pengambilan kalsium harian kita?? Tangani 8 tanda awal kekurangan kalsium dengan mengenali punca dan penyebabnya.

Pengambilan kalsium badan akan diserap ke dalam tulang dengan bantuan vitamin D. Seterusnya ia akan bergabung dengan fosforus dan memberi struktur yang teguh dan kuat kepada tulang. Proses ini berlaku dengan pesat sekitar usia 10 hingga 20 tahun...dan menginjak usia 30 tahun ia akan mula merudum...  malah selepas usia 30 tahun, ia akan mula terganggu...


Pada usia 30-an, kalsium mula diserap dari tulang untuk mengimbangi keperluannya dalam sistem saraf dan kardiovaskular yang lebih penting...Hasilnya?? Kekurangan kalsium akan berlaku dan kekuatan tulang akan semakin lemah...Melainkan kita mula dengan mengambil hidangan kalsium yang lebih banyak...tetapi, berhasil kah??

8 tanda awal kekurangan kalsium.
Sebagai seorang wanita yang melalui fasa hamil, melahirkan dan menyusukan, wajar untuk kita peka dan maklum terhadap 8 tanda kekurangan kalsium berikut;
1. Sakit di bahagian sendi dan tulang mudah mengalami keretakan.
2. Ekzema
3. Heart Palpitations ( jantung berdegup kencang atau tidak normal)
4. Hipertension
5. Kuku rapuh
6. Insomnia
7. Kejang otot
8. Kebas di bahagian tangan atau kaki
Kekurangan kalsium yang dibiarkan berlarutan pula boleh mengakibatkan masalah osteoporosis, iaitu penyakit kerapuhan tulang. Semakin umur meningkat, semakin banyak kalsium yang diperlukan oleh badan...dos kalsium yang diperlukan adalah spt berikut;



Antara sumber-sumber makanan yang tinggi kalsium adalah :
     - yogurt, plain : 8oz=415mg
     - cheddar cheese, shredded, 1.5oz = 306 mg
     - jus oren dengan kalsium , 8oz = 200-260 mg



Golongan Berisiko Tinggi Kekurangan Kalsium.
Golongan pertama yang mempunyai risiko tinggi mengalami masalah kekurangan kalsium adalah REMAJA. menurut pakar, golongan dewasa muda atau remaja ini kerana pada peringkat ini, disebalik keperluan yang tinggi oleh badan dan tulang yang membesar terhadap kalsium, remaja mula meninggalkan pengambilan makanan berkalsium tinggi sebaliknya memilih makanan rapu seperti minuman berkarbonat. Selalunya, keperluan harian tubuh terhadap kalsium lansung tidak dapat dipenuhi, mengakibatkan tulang yang sedang membesar menjadi rapuh serta tidak kuat.


Manakala golongan kedua yang turut berdepan masalah ini ialah wanita yang hampir atau telah mengalami menopause. Dalam kajian yang dijalankan, didapati wanita dewasa hanya mengambil sehingga separuh dari keperluan kalsium harian yang diperlukan oleh badan. Selepas proses menopause, paras hormon estrogen yang rendah tidak mampu lagi melindungi kekurangan kalsium oleh tulang. Tambahan pula, secara semulajadi, jisim tulang wanita adalah kurang tumpat daripada lelaki, paras estrogen yang rendah mengakibatkan wanita lebih terdedah kepada osteoporosis.

Seterusnya adalah golongan vegetarian atau yang mengamalkan pengambilan sesetengan jenis makanan tertentu sahaja. .. malah individu yang mengalami masalah alahan laktosa juga mengalami masalah yang sama seperti ini. 

Dan yang terakhir adalah golongan individu yang merokok kerana karsinogen dalam rokok menghalang penyerapan kalsium oleh badan. Kebanyakkan perokok akhirnya akan mengalami masalah kurang ketumpatan tulang pada usia emas mereka.

Tambahkan Kalsium dalam Diet harian anda

Terdapat beberapa cara untuk mencukupkan pengambilan kalsium harian anda, antaranya ialah dengan menambh pengambilan vitamin D melalui pemakanan lebih sumber vitamin D, supplement atau terus dari matahari. lebih banyak Vitamin D dapat diambil maka lebih banyak kalsium dapat diserap oleh salur darah dan tulang.

Ambil supplement yang mengandungi vitamin D dan Kalsium pada waktu yang sesuai, sebaiknya sebelum waktu tidur kerana jika diambil bersama makanan , kadar penyerapannya akan terganggu.

Kurangkan pengambilan kafein, alkohol serta garam...pengambilan garam/ kafein/ alkohol akan mengakibatkan buah pinggang menyingkirkan kalsium berbanding menyimpannya untuk tubuh...


seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**