Friday, December 16, 2016

Gangguan bekalan air sekitar selangor pada 19 Disember 2016 hingga 24 disember 2016

Gangguan bekalan air berjadual katanya...
Jadi, kawan2 yg terlibat boleh ready tong2 air... jgn terlepas info pulak....

Loji Rawatan Air Henti Tugas Untuk Kerja Penyenggaraan Bekalan Elektrik oleh TNB

SIARAN MEDIA

15 DISEMBER 2016

TNB akan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan bekalan elektrik di Pencawang Bukit Badong bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam pada 19 Disember 2016. Oleh itu, loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 akan henti tugas pada tempoh ini.

 

Beberapa kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa dan selepas kerja-kerja penyenggaraan bekalan elektrik oleh TNB.

 

Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 19 Disember 2016. Demi memastikan bekalan air diagihkan dengan lebih efisien setelah loji beroperasi semula, bekalan air akan diagihkan secara berjadual ke kawasan yang terlibat mengikut zon dari 20 sehingga 24 Disember 2016. Sila rujuk lampiran untuk jadual bekalan air mengikut zon.

 

Bagi kawasan di Zon 1, air akan dibekalkan mulai 4:00 petang pada 20 Disember 2016 dan dihentikan mulai 9:00 pagi pada 21 dan 22 Disember 2016. Air akan dibekalkan semula mulai 4:00 petang pada 23 dan 24 Disember 2016.

 

Bagi kawasan di Zon 2, air akan dibekalkan mulai 4:00 petang pada 21 dan 22 Disember 2016 serta dihentikan keesokan harinya mulai 9:00 pagi pada 23 dan 24 Disember 2016.

 

Bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air ke zon yang masih mengalami gangguan bekalan air kerana paras air rendah di kolam takungan air. Pengguna boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip: TANKER <jarak> Nama & Alamat.

 

Sila rujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook “Air Selangor” atau Twitter “air_selangor”  untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai gangguan bekalan ini.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.  

 

Dikeluarkan Oleh,

Amin Lin Abdullah

Ketua Komunikasi Korporat

Kumpulan Ahli Selangor

Untuk maklumat lanjut jadual mengikut kawasan masing2, boleh lah check di website Syabas          
http://www.syabas.com.my/press-release/lampiran-jadual-bekalan-air-mengikut-zon-19---24-disember-2016-petaling-klang-shah-alam-kuala-lumpur-gombak-kuala-langat-hulu-selangor-dan-kuala-selangor

Thursday, December 1, 2016

Im a mother of 5

Alhamdulillah.... dengan sukacitanya nak share berita gembira, ummi dah selamat melahirkan seorang lagi cahayamata lelaki pada 21 november 2016 yang lalu di hospital tengku ampuan rahimah klang...

Wednesday, November 16, 2016

Peperiksan murid tahun satu

Bw humairah utk jalani peperiksaanvtahun satu di sekolah
Seronok 1st time pkai kasut seolah
Test awal kerana next year ada sistem dual language

Tuesday, November 8, 2016

Resepi stuffed bread untuk majlis di pejabat

Assalammualaikum...

Ingin mencuba resepi sarapan ringkas yang mudah disediakan tapi terlajakk sedap?? 

entry ni dah lama tapi baru teringat nak publish...hehe....
resepi niy ummi jumpa di fb sebenarnya tapi diolah semula ikut suka hati...

Resepi Stuffed Bread for breakfast versi ummi... :)


Bahan untuk roti:

240ml air
1 biji telur
2 sudu teh yis kering
2 sudu besar margerin
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu teh bread softener
500g tepung high protein + tepung gandum

Cara: 
1. masukkan semua bahan mengikut turutan kedalam bread maker... tunggu hingga adunan naik 2 kali ganda.
2. keluarkan dari BM lalu tumbuk doh untuk mengeluarkan angin....kemudian bentukkan bulat-bulat, niy ummi buat 35g masukkan ke dalam paper cup... lalu adunan dibiarkan naik sekali lagi...

ATAU
boleh je guna roti keping / roti sandwich .. 
perlu sekeping untuk setiap paper cup.


Bahan untuk inti:

4 keping chicken meat loaf, potong kecil - boleh juga dipelbagaikan dengan tuna atau daging mengikut citarasa..
4 keping ceddar cheese - terpulang,klu nak guna mozarella pon sedap..
3 biji telur
1 cawan susu segar
sebiji tomato dipotong dadu
Daun bawang & daun sup
Sedikit lada hitam & garam

- campur semua bahan kecuali meat loaf dan cheese... 
kacau hingga sebati...macam nak buat telur dadar


Cara masak roti ni....

Seterusnya, setelah adunan doh tadi naik sekali ganda, ummi gunting bentuk X pada bahagian tengah roti, letakkan sekeping meatloaf, tuang adunan telur dan kemudian letak sedikit cheese di bahagian atas roti tadi..

masukkan dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C.. yang ni ikut kepanasan oven masing2...
masak roti kita selama 25 hingga 30 minit... atau hingga elok masak...

atau,
 susun je dalam magic pan / pemanggang ajaib...tapi, pandai2 jaga api tau...

Yang paling seronok, ialah roti ni, ummi buat lewat malam... jadi sesuai diangkat terus untuk jamuan keesokkan harinya... tak sempat dah nak bersiap awal pagi... :) 



Friday, November 4, 2016

Cerita ke Tadom Hills

Assalammualaikum....

la niy nak cerita pengalaman sendiri berjalan ke Tadom Hills....iye lah, dari mula dok dengar cerita kat Fb n encik hubby tapi tak pernah dapat g , alang2 hari minggu tuh my beloved pilot dok rajin nak ajak melawat ke Tadom Hills, apa lagi...laju je laa....

Perjalanan ke Tadom Hills hanya kira-kira 20 minit dari KLiA,
boleh semak kat google maps atau waze, lokasi nya memang kat tepi jalan utama tapi klu dah dekat, sila lah perlahan kan kereta anda sbb simpang masuk ke Tadom Hills kurang jelas dari jalan utama tuh....boleh terlepas lah kira nya..so,  jangan sampai terlepas simpang :)

Daftar masuk dan membeli tiket

Kena beratur untuk tulis nama serta no ic setiap ahli rombongan, so, klu dapat prepare awal2 nama penuh / no ic mungkin dapat cepatkan sikit proses check in kat resort ni...masa niy boleh bagi tau la klu plan nak bermalam di sini...kot2 nak merasa tidur dalam tent atau pondok2 bamboo...
anda akan diberi stiker gelang tangan selepas mendaftar masuk

Selain itu, ada jugak pass masuk harian / pass masuk pelawat, bagi pelawat yang bertujuan masuk ke sini untuk menjamu selera di cafe Tadom Hills, sempat merasa nasi buluh kat cinie.. memang rare...sedap n unik... :)

Apa ada di Tadom Hills?

ianya lebih kepada pusat rekreasi untuk golongan belia, kerana aktiviti yang boleh dilakukan di sini sangat sesuai untuk belia yang energetic...hehe... boleh buat apa??
- main air...serius air ny memang sangat-sangat jernih....aktiviti air seperti water confident, berakit guna rakit buluh yang disediakan, boleh juga merasa terjun dari tebing tinggi di pinggir kolam...malah semasa ummi berkunjung ke sini, nampak ada tanda kerja-kerja penambahan aktiviti yang bakal disediakan untuk pengunjung...
n life jacket diwajibkan untuk semua aktiviti air disini...
- camping atau boleh memilih untuk overnight secara berkumpulan atau persendirian di pondok / khemah yang disediakan... yang ni boleh daftar masa beli tiket..
- aktiviti family day
- volley ball court



so, kalau ada yang bercadang nak ketadom hills resort ni, boleh dapat lebih info terkini melalui web site Tadom Hills Resort 

jadi, ummi kongsi serba sedikit gambar kami masa g tour ke Tadom Hills niy... enjoyy... :)






Seronok nyee klu dapat join aktiviti cam gini kan..




















Berlatar belakang bukit tadom... eh, ye 
ke??














Tent/ khemah  untuk penginapan yang disediakan memang nampak selesa n nyaman jerr....duduk bawah pokok sawit la kata kan.... Ummi diberitahu, pakar-pakar yang membuat kerja-kerja perkayuan disini di import khas dari Bali bagi mendapatkan hasil kerja yang berkualiti tinggi









Hokeh...my models berposing lagi....
depa mintak mandi, ummi x bagi sbb semua mmg tak prepared untuk bermandi manda...lagi pun, ummi tak larat naa....

Thursday, November 3, 2016

Semak keputusan peperiksaan secara online

Assalammualaikum...

Bagi ibu bapa yang nak semak keputusan peperiksaan sekolah anak-anak, boleh semak   DI SINI  siap sedia no kad pengenalan mereka, pastikan mykid mereka dok sebelah pc ea... 

Ummi mood ceria banyak sikit petang ni, baru je semak keputusan peperikssan sekolah anak-anak secara online, alhamdulillah keputusan mereka tidak mengecewakan...

boleh lah balik nanti ummi buat surprise.. :)




Penting ke semak keputusan peperiksaan anak-anak?

Pada ummi, penting. tapi bukan bermaksud ummi nak beri tekanan kepada mereka, sebaliknya ummi nak pupuk minat belajar mereka...

sebenarnya pada ummi kalau result mereka tidak cemerlang, asalkan tiada matapelajaran yang gagal, sudah cukup alhamdulillah sebab usi mereka yang masih muda... dan pastinya bila mereka dapat keputusan gred A atau B  ummi sangat gembira...bermakna doa ummi buat anak-anak dah termakbul...  :)

Doa ibu kan doa paling hebat buat anak-anak...jangan abaikan ea... :)

13 mata pelajaran untuk tahap 1... banyak nya...   

yup, anak-anak sekarang ditekan dengan 13 mata pelajaran seawal umur 7,8 dan 9 tahun....
berganda dari zaman ummi darjah satu dulu....tapi, itulah peredaran zaman, kita sebagai ibu bapa perlulah menyokong minat mereka agar mereka dapat bernafas dalam menghadapi peperiksaan demi peperiksaan....

tapi, dari 13 mata pelajaran itu, hanya 6 matapelajaran teras yang diambil kira dalam penyusunan kelas serta pemrkahan anak-anak...6 mata pelajaran itu ialah:

1. bahasa melayu Pemahaman
2. Bahasa Melayu Penulisan
3. Bahasa Inggeris Pemahanam
4. Bahasa Inggeris Penulisan
5. Matematik
6. Dunia Sains dan Teknologi

haaa... kesian takkk...

semoga mereka berjaya dunia dan akhirat....amin.. :)




Monday, October 31, 2016

Pengalaman Jalani Prosedur ECV

Assalammualaikum...

Nak kongsi pengalaman jalani prosedur ECV (
External Cephalic Version) petang tadi...sebelum jalani prosedur ni, seeloknya ibu survey dan ambik tahu, apa sebenarnay yang dimaksudkan oleh ECV ni...

Appointment untuk ECV ni doktor dah bagi pada minggu lepas, dan tarikh hariniy dipilih sebab dah cukup 37 minggu pada 3 hari yang lepas...waktu sesuai jalani ECV


Sehari sebelum
Prosedur ECV

Jururawat dah pesan supaya berpuasa mulai jam 8 pagi hari appointment... sebenarnya kena puasa 6 jam sebelum prosedur bagi mengosongkn perut, supaya prosedur dapat berjalan dengan lancar dan juga sebagai persediaan sekiranya ada keperluan untuk dibedah

Hari kejadian

Seawal 7 pagi dah siap-siap memasak untuk buat sahur ..hehe...pukul 8 pagi makan dan bersiap.... lepas tu pergi checkup sekejap kat klinik kesihatan, jururawat dah rindu nak jumpaa... :) 
akhirnya, pukul 1130 pagi, anak-anak dah masuk kereta untuk dihantar ke rumah opah... semua bersiap dengan 3 helai baju tambahan, sebagai persediaan kalau2 ummi terpaksa ditahan di hospital...

Abi pulak sibuk memasukkan barang ke dalam bonet kereta, beg ummi, beg baju baby, malah standby dengan kipas untuk duduk di wad :)
Setelah anak-anak dihantar ke rumah opah, ummi dan abi bertolak ke HTAR ... sampai di HTAR dalam pukul 145tengahari...sementara abi pusing cari tempat letak kereta, ummi turun di bangunan klinik pakar beserta kad pengenalan, handphone dan buku rekod kesihatan (buku pink)..ambil nombor giliran di ruang lobi dan buat pendaftaran sendiri...
Dalam hati...nerbes ny tuhan je yang tauuu....

Selesai ambik nombor, berjalan kaki ke wad bersalin 1C... terkedek2 berjalan,
almaklumlah, tak berapa boleh nak laju, pagi tadi check up, berat dah terlebih 500g dr sepatutny...hehe..

Ok, sampai di wad bersalin,wad 1C... serah buku pink dan appointment card pada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu wad... selepas catat serba sedikit butiran ummi, dia minta ummi masuk ke wad tersebut...masa ni abi dah kena tinggal kat luar...
beg, handphone dan lain-lain serah pada abi terus....masuk berteman buku pink jerr.

Sampai dalam wad, terus ke bilik sebelah kanan...ada jururawat tunggu....sebaik ummi serah buku pink, ummi diminta baring di kubikel no. 9... misi juga bertanya sekiranya ummi ada rasa nak buang air....mujur baru sahaja menyinggah di toilet sebelum ke wad..:) 

Ummi diminta berbaring dan alat pengesan denyutan jantung bayi (CTG) dipasang pada perut ummi...
Penangan berpuasa dari pagi, si kecil mula menunjukkn aksi lasak...bergerak-gerak perut dan alat yang dipasang, hinggakan jururawat asyik datang betulkan dan memujuk-mujuk bayi agar bertenang...  :)

Kemudian seorang doktor muda yang cantik datang dan memaklumkan dia akan memasangkan jarum dan mengambil sedikit darah dari tangan ummi..
prosedur standard la sebagai preparation awal untuk pembedahan...

Selepas 20 minit alat CTG menunjukkn bacaan yang 'cantik' , jururawat mematikan alat tersebut. Waktu tu mula terlihat kelibat seorang lagi doktor cantik , tapi doktor ni pakai baju biasa je, tak pakai uniform pun...

Selepas beberapa ketika, doktor tu mula datang dan bertanya keadaan ummi, ada apa2 masalah kesihatan? Jantung ok? .. ummi juga diterangkan risiko2 serta komplikasi yang mungkin berlaku. Ummi angguk tanda faham...n alert...

Alat scan dipasang untuk doktor memeriksa sendiri kedudukan bayi.....setelah berpuas hati dengan kedudukan bayi, ubat dimasukkan pada jarum yang terlekat kat tangan ummi tadi...

Dalam 5-10 saat kemudian doktor bertanya sama ada ummi mula rasa berdebar...yup ubat untuk melonggarkan perut tu beri kesan sampingan berdebar-debar dengan sangat kuat...nadi menjadi laju, ummi mula rasa lemah dan badan menggigil...

Alhamdulillah, doktor yang sangat berpengalaman, sebaik sahaja kesan ubat mula kelihatan, doktor minta ummi bertenang dan jangan panik, doktor juga berbual-bual dangan ummi bagi mengalih perhatian ummi dari panik...dan stress ...

Menurut jururawat bertugas, keadaan badan ibu yang stress , tertekan dan takut boleh beri kesan sakit pada perut masa prosedur...so, memang ummi cuba bertenang dan berserah... tawakal banyak2....bukan boleh terjun katil n lari laju-laju punn :)

3 kali doktor cuba memusingkan bayi dalam perut...malah pada separuh jalan, masa bayi di kedudukan melintang, kepala bayi seakan terlepas dari tangan doktor...masa niy memang ummi dok tahan getar...tawakal...dan berserah...dah memang xboleh buat apa... 
malah tersa senak sebab bayi berada pada kedudukan melintang dalam perut..

Percubaan kali ke 4, alhamdulillah, barjaya....bayi telah dipusingkan dan doktor menunjukkan imej jantung bayi yang elok berdegup....syukur sgt2....

Usai prosedur tersebut, sekali lagi alat CTG yang bertindak memantau pergerakan jantung bayi dipasang pd perut ummi...

Selepas 20 minit, dengan bacaan yang 'cantik' maka selesailah prosedur tersebut....
tapi, dek kerana ummi pening dan agak shaky, jururawat biar ummi berbaring dan berehat untuk beberapa ketika....

Bila dah stabil, ummi dibenarkan keluar dari wad bersalin untuk pulang ke rumah...

Dah usaha...lepas ni tinggal tawakal sgt2 agar bayi kecik niy tak pusing2 balik...
InshaAllah, perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita.....

Monday, September 26, 2016

Dapur mainan anak

Assalammualaikum,

Gara-gara tertengok gambar-gambar kreatif + rajin ibu bapa membikin sendiri / DIY dapur mainan anak, ummi pun simpan lah cita-cita nak buat jugak...hehe

satu hari tu, kebertulan pulak kipas berdiri yang kat rumah tu patah bilah nya...so, ummi ikut la lawatan abi ke kedai alat elektrik...n terrrjumpa pulak kotak2 barang elektrik kosong kat luat kedai tu, panggil lah tokei kedai tu, bg tau nak mintak sikit kotak elektrik tu, hehe...ambik lah katanya... yeeehaaa...

abi dah geleng,, apa lagi la nak semakkan rumah niy :)

Kenapa ummi seronok sangat dapat kotak barang elektrik niy?? sebab kotak barang letrik lebih keras dan berketahanan tinggi nak guna semula by anak-anak...

tutorial, ummi tak sempat nak ambik, so, niy lah hasil projek 4hari 3 malam ummi...yang akhirnya disiapkan oleh abi yang kreatif  tlg touch up pintu kabinet dapur tuh...hehe... :)



hasil men DIY dapur mainan untuk anak- anak gadis kuu..









niy hasil tak beringat masa beli wrapping paper, lupa nak ukur betul-betul...



haa...canggih dak tukang plumbing siapkan singki...hehe... 


Costing :
Kotak free
Pembalut hadiah : Kedai Mr DIY, rm0.80 x 5 helai = RM4
mainan sedia ada
Stapler dan cellotape sedia ada
Loyang kek untuk singki = RM4.80

hehe..saving, total tak sampai RM10 , anak-anak main dah lebih 6 bulan... :)

n anak-anak sangat suka sbb mmg adjust untuk saiz depa, masa buat pon depa dok tolong-tolong skali... time photo shoot jerrr semua maluuuu...haha...



Projek menjahit dengan mesin jahit mini

Assalammualaikum..

Dah lama beli mesin jahit mini niy, selepas seorang officemate bercerita tentang pengalamannya menggunakan mesin jahit mini  ni untuk menjahit langsir...

bukan apa, mesin jahit portable ummi dah bertahun rosak, tatau nak hantar betulkan di mana...

lagi pun dah lama memendam rasa nak menjahit semula...tp tak sempat lagi nak kumpul duit beli mesin jahit baru...haha...

so, beli lah mesin jahit mini ni...


Banyak jual kat Facebook
- mudah digunakan
- ringan
- portable
- boleh guna pedal kaki
- dengan motor elektrik...


dengan sedikit tutorial kat youtube serta cedok idea-idea dari pinterest atau mana-mana blog jahitan, inshaAllah, sesiapa sahaja boleh menjahit dengan mesin niy...kena sabar sikit sebelum jadi mahir n jangan putus asa je.. ok :)

Klu ada sesiapa yang nak kirim beli dengan ummi pon boleh, inshaAllah ummi cuba bantu dapatkan harga terendah untuk yang berminat..

hehe.. ramai gak yang terjebak membeli n ber DIY kat opis nih....sama-sama berprojek di rumah ok :)

Nak tuam bayi dengan apa?

Assalammualaikum,

Kenapa kena tuan perut bayi? perlukah? susah? remeh...
Menurut kepercayaan, perut bayi perlu dituam bagi mengelakkan angin pasang atau kembung...

Tapi pada ummi, selain dari sebab diatas, ummi suka perut bayi dituam kerana bayi nampak selesa dan hangat selepas mandi :)

Nak tuam dengan apa kalau terlupa nak sediakan tungku untuk bayi?

Ibu-ibu ada pilihan-pilihan berikut untuk tuam atau tungkukan perut bayi :)

1. ambik perca kain dan isi dengan lada hitam, bunjutkan, ikat dengan tali/riben
2. kalau takde jugak lada hitam, boleh lah guna hujung tuala sahaja, macam tuam kepala anak yang benjol gitu...hehe

3. ada jugak sesetengah orang yang tuam perut anak guna daun sireh yang dilayurkan atas api...

kesimpulannya, tuam, tungku jangan tak tungku....masa dalam pantang lah ibu banyak masa untuk membelai bayi anada...jangan lepaskan peluang untuk belai dan tumpukan perhatian pada mereka sebelum mula bekerja kembali ok :)

Selamat berpantang

seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**


hasil tungku bayi menggunakan perca kain cotton dari baju lama kakak..

Diikat menggunakan riben ape2 yang ada ..saya ikat longgar2 je supaya mudah dibuka semula ( nanti nak masukkan tali pusat yang dah tanggal


antara isi kandungan tungku bayi yang ummi DIY malam ni...

1. Jintan Hitam
2. Halba
3. Habbatus Sauda

Thursday, September 22, 2016

Persediaan ummi ke hospital

Assalammualaikum, 

Ni nak cerita persediaan ummi ke hospital, assebab cik misi dah ingatkn ummi dah masuk 7bln, beg dah boleh standby dlm kete ea....hehe...

Walaupun masuk kali ke lima mengemas beg ke spital, mmg dok ingat2 lupa jerr...

Cara terbaik ialah dengan membuat checklist barang2 keperluan...mcm kat bawah ni..

Niy list nak ddk hospital gomen n keperluan setiap hospital mungkin berbeza, so boleh kutip buat guidline utk ibu-ibu hamil yg bakal melahirkan :)


Seelok-eloknya persediaan membeli barangan keperluan ibu dan bayi dibuat dari kandungan mencapai usia 4 bulan ke atas dan...sebelum 7 bulan, kerana menjelang usia kandungan 7 bulan, perut akan makin berat dan sarat... sesetengah orang akan mengalami masalah sakit pinggang yang teruk serta bengkak-bengkak kaki....klu terpaksa jugak, shopping online je lah yang paling mudah...




Friday, August 26, 2016

Bekal bento untuk anak

Assalammualaikum..
Hari niy nak kongsi cerita berbento atau bekal makanan untuk anak ke sekolah pulak.
Mulanya tahun lepas memang xcited nak bekalkan sarapan sihat untuk anak tp lepas 2 bulan, dia mula bawa balik bekal ke rumah (Abg darjah 2, adik darjah 1) ...
Masing2 rindu nk berbelanja di kantin atau dah mula bosan....jadi terpendam lah semangat ummi....
Awal tahun ni, ummi tanya dulu nk bawa bekal atau nak guna duit belanja, mula-mula mereka kata nak beli sahaja di kantin...tapi lepas beberapa bulan, si abang request nak bawa bekal, yang adik pulak mestilah nak tiru abang...maka bermula lah episod berbento ummi beberapa minggu sebelum puasa 2016 :)
...dan masih lagi berbento hingga hari ini, walau x se creative dan seactive ibu-ibu hebat yang lain, niat utama ummi ialah untuk memastikan anak2 dapat makan makanan sihat, lengkap dan bersih ...inshaAllah..
Niy sebahagian bekalan pg anak2 yang sempat ambikk gambar...sangat la keras tang hiasan tp yang penting depa mkn habisss...haha...
Selamat berbento!

menu satu pagi kak ngah



contoh menu pagi yang tak berapa nak rajin...


haa...yang ni favourite si abang sebab dia suka sayur buncis goreng sos tiram


yang niy contoh bila ada lebihh sikit rajin on weekend... seronok jugak buat cup cake ni, dengan libatkn anak2...idak la depa bz main sokmo...n mereka xtra seronok bila bw g sekolah, bg kawan2 rasa air tgn sendiri... 


mohon betulkan balik alignment kepala lepas tgk gambar-gambar yang senget2 tu ea... hehe

Wednesday, August 24, 2016

Cara tuam dan sapu minyak pada bayi baru lahir

assalammualaikum

Kali ni nak share sikit tentang cara nak tungku atau tuam perut bayi baru lahir.

1. Pastikan anda mempunyai tungku bayi yang bersaiz kecil.

2. Usai memandikan bayi, lap badan nya sehingga cukup kering, (masa mandikan bayi, jangan hidupkan kipas, tak mo bagi bayi yang baru lepas mandi kena angin...sejuk dia... :)

3. Panaskan seterika, masa ni kalau bayi anda lelaki, pastikan anda tutup dulu bebird dan perut dia dengan tuala..bagi mengelakkan pertunjukkan air pancut yang tak diingini berlaku ...hehe...Kalau anak perempuan pulak, tutup jugak tapi klu xtutup, pastikan berlapik, bayi selalu kencing lepas mandi... :)

4. Ambik tungku dan letak pada seterika panas tadi, biar seketika angkat dan cuba rasa pada belakang tanag, pastikan suhu tungku selamat untuk anak.

5. Tuam dengan menekan-nekan tungku tersebut perlahan-lahan pada keliling pusat, perut, ari-ari, peha, kaki bawah lutut hingga ke hujung kaki...ulang panaskan tungku bila tungku mula sejuk, sehingga setiap bahagian selesai ditungku.. :)... oh, bagi bayi lelaki, jangan lupa untuk tuam sekali setiap bahagian kemaluan bayi ...

6. selesai tuam, sapu lah ubat pada pusat anak bagi memastikan luka tali pusat anak cepat kering dan tidak berlaku jangkitan kuman...

7. Langkah seterusnya, sapukan minyak telon pada dada hingga hujung kaki anak, sapu satu badan lah, kecuali leher, kepala dan muka :)

8. pakaikan barut, lampin dan sarung kaki anak...baru lah sapu bedak kat badan ke, muka ke...hehe....siap2 pakaikan baju lawa-lawa....jangan lupa nak bedung badan bayi ok :)


seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**

DIY tungku bayi

Assalammualaikum..

Mungkin ramai bakal ibu yang tak perasan akan keperluan tungku bayi...

mungkin ramai juga yang membeli tungku bayi bersama set tungku ibu..

kali ni ummi dapat peluang untuk buat sendiri tungku bayi yang cantik sikit la dari tungku anak-anak yang lepas-lepas..hehe...

Ni projek malam hari, kerja nya sangat mudah...

dengan hanya menggunakan perca kain 
( banyak perca kain baju abang n kakak yang dah lama)...kenapa guna perca?
sebab konon-konon nak cari kain yang dah season, dah lembut :)

ummi letak tiga bahan niy dan bungkus dengan riben...

1. Habbatus Sauda
2. Bijan Hitam
3. Halba

maka terjadi lah tungku bayi yang comel niy :)
comel lah kan...hehe...

enjoy.. :)

Saturday, August 20, 2016

Diy barut perut bayi

Assalammualaikum

Banyak pilihan barut bayi dikedai-kedai peralatan bayi...

Tp selaluny tak memenuhi permintaan ummi yang agak demand utk barut bayi....
Nak yang cukup lebar dan mestilah pengikat tali....

Nak menyambut anak ke 5 ni, dapat kekuatan lebih untuk menjahit sendiri..
Tambahan pula, kali ni senang pulak nak dapat kain-kain flannel dengan corak cute kat Banting ni

Mula-mula beli setengah meter je kain sebab tak tau nak agak akan dapat berapa helai barut...

Ukur agak-agak dengan barut baby yang lama, akhirnya dengan setengah meter tu dapat 4 helai barut.....

Next trip g kedai kain (dekat sangat dengan rumah), ummi minta anak-anak yang pilih corak, abang pilih kain color biru ada duck...kakak pulak pilih kain color pink, ada corak bunga kecik-kecik...puas ati semua orang...

Untuk tali bedung pulak, guna tali fail putih, yang niy ummi g beli kat stationery je...

buat yang simple jee
tiga jenis corak barut pilihan ummi, kakak dan abang... :)

seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**





Diy tilam, cadar dan sarung bantal baby

Assalammualaikum


Yeay! Finally done..

Set bedding baby dah siap!! 

Alhamdulillah, semua berjaya disiapkan....


Dengan 2m kain cotton, berjaya jgk siapkan set niy...

1. Jahit tilam dari fiber
2. Jahit sarung tilam ( tak guna butang atau zip)
3. Jahit 2 saiz bantal empat segi
4. jahit sarung bantal 4 segi... semua tak guna butang/zip/ tali
5. jahit bantal karipap untuk bayi..



InshaAllah, bila dapat baby cot nanti nak jahit skirting n safety pad pulak...inshaAllah.. :)

ha.. buat yang tak tau lagi tuh, ummi promote, dok jahit semua niy guna mesin jahit mini jer uolls...minat? bleh tgk entry on mesin jahit mini niy pulak ea..

Enjoy....

seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**

Diy tilam, cadar dan sarung bantal baby

Assalammualaikum


Yeay! Finally done..

Set bedding baby dah siap!! 

Alhamdulillah, semua berjaya disiapkan....


Dengan 2m kain cotton, berjaya jgk siapkan set niy...

1. Jahit tilam dari fiber
2. Jahit sarung tilam ( tak guna butang atau zip)
3. Jahit 2 saiz bantal empat segi
4. jahit sarung bantal 4 segi... semua tak guna butang/zip/ tali
5. jahit bantal karipap untuk bayi..



InshaAllah, bila dapat baby cot nanti nak jahit skirting n safety pad pulak...inshaAllah.. :)

ha.. buat yang tak tau lagi tuh, ummi promote, dok jahit semua niy guna mesin jahit mini jer uolls...minat? bleh tgk entry on mesin jahit mini niy pulak ea..

Enjoy....

seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**