Tuesday, December 23, 2014

Persediaan Kembali Ke Sekolah


Salam, 

Seronok membuat persediaan anak memasuki alam persekolahan??
memang mencabar minda dan poket...tak kurang jugak parents atau grandparents yang over excited nak buat persediaan untuk anak-anak ke sekolah...

Tahun niy anak kedua akan memulakan sesi persekolahan tahun satu...
niy serba sedikit senarai peralatan yang nak disediakan untuk si kakak Nuha.

1. Baju sekolah Kebangsaan beserta tudung - 3 pasang ( sebab sekolah sini budak darjah                                                                          satu akan pakai baju sukan dua hari seminggu)
2. Baju sekolah agama beserta tudung - 4 pasang
3. Kasut - 2 pasang
4. Stokin - 3 pasang
5. Beg Sekolah - 2 buah
6. Pensil Case - 1 (sekolah agama boleh guna pencil case semasa tadika)
7. Baju putih lengan panjang -1 helai 
8. Seluar trek - 2 helai 
9. Alat tulis

Untuk Ahmad Akhil yang nak naik ke tahun dua pula, niy antara senarai keperluan yang dibeli tahun niy;

1. Baju sekolah rendah - 3 pasang (baju tahun lepas masih boleh digunakan jadi boleh                                                 gosok baju siap2 pada hujung minggu.)
2. Baju sekolah agama - 3 pasang (baju tahun lepas tinggal sepasang je yang boleh                                                      guna...lagi dua pasang dah koyak tang lutut n hujung tangan..
3. Kasut - 1 pasang ( kasut tahun lepas sepasang elok sangat lagi....dia pun cepat besar,                      nnt tengah tahun boleh beli lain kalau dah tak muat..)
4. Stokin - 3 pasang
5. Beg sekolah - pakai tahun lepas pumya sebab elok sangat lagi...cuma perlu basuh                                      dengan Basic H, biar nampak baru...
6. Pensil Case - yang niy pon elok lagi.
7. Seluar trek - 2 helai
8. Alat tulis.


Alhamdulillah, all done jadi semuanya excited nak mula sekolah semula !! :)




seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**


Hilangkan Kembung Perut Bayi

Salam


Dikesempatan ini nak bagi tips hilangkan kembung perut bayi pulak...

Masalah kembung perut pada bayi amat kerap berlaku dan sering menyebabkan ibu bapa terutamanya yang baru anak 1st, merasa risau dan susah hati..iyalah, kadang-kadang anak boleh menagis hingga hilang suara teresak-resak kerana tidak selesa akibat kembung perut.




Macam mana nak kesan masalah kembung perut pada bayi?

Selalunya bayi yang kembung perut akan menangis, dan tidak mahu diletakkan...atau dibaringkan...

Cuba tekan sedikit di bahagian perut, memang terasa kembungnya...Tidur bayi tak lena, kadang-kadang ada juga bayi yang merah padam mukanya akibat menahan sakit perut...tak kurang juga yang terkentut-kentut tetapi masih mengalami ketidakselesaan..


Berikut adalah antara kaedah untuk hilangkan kembung perut bayi :

1. Tuam dan urut lembut perut bayi dengan minyak khas untuk bayi, terutamanya di bahagian ari2....jangan guna minyak panas biasa sebab kulit bayi adalah sangat lembut takut sakit lain pulak nanti..


2. Ambil daun kunyit, layurkan atas api dan letak di ari-ari bayi. InshaAllah bayi akan sihat dari kembung. 

3. Jangan lupa sendawakan bayi selepas setiap sesi penyusuan.

4. Bagi bayi yang menyusu badan, apa yang ibu makan itulah yang hasilkan susu untuk anak.

Oleh itu ibu perlu menjaga pemakanan agar tidak makan atau minum minuman yang berunsurkan angin atau sejuk... 

Bagi bayi yang kerap kembung, ibu boleh ambil 2 biji Peppermint Ginger Shaklee bersama air suam sebelum menyusukan bayi  sebagai langkah pencegahan, ...InshaAllah membantu.



Wassalam..  



seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**

Thursday, December 18, 2014

Vita-E Complex

Salam,




Vitamin E merupakan sejenis anti-oksidan yang kuat, ia bertindak melindungi sel-sel badan dari radikal bebas, seterusnya memperlahankan penuaan.

Ia berkeupayaan larut dalam lemak dan menyokong kesihatan jantung, otak, kulit dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun yang lebih kuat. 

Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi imun pada warga tua.*

  
Vita-E Complex Shaklee mengandungi vitamin E asli dari minyak sayuran, 
satu kapsul gel lembut  membekalkan:
-  400IU sumber asli vitamin E
-  65 mcg selenium sebagai pelengkap aktiviti vitamin E
  - 39.4 mg Ekstrak biji anggur (Vitis vinifera)

Meningkatkan imun badan,
Meningkatkan fungsi otak,
menjaga kesihatan jantung,
melindungi mata dan paru-paru,
perlindungan dari sesetengah jenis kanser,
Sangat bermanfaat untuk atlet.

Kenapa Shaklee??

Pastinya kerana jaminan sentiasa selamat, sentiasa berkesan, sentiasa mesra alam ...

Dan confirm HALAL :)


seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**











Wednesday, December 3, 2014

Promosi SR Vita-C dan Vitamin E Complex Bulan November 2014

Salam,

Wheewheeetttt.....

Promosi Double Trouble bulan niy....
Doubble offer yang Trouble klu tak grab...hehe...feeling beautifull gitu... :)

Ada promosi beli 6 percuma 1

atau twin pack ( 2botol) dan dapat less 5% !!!

Produk apa??

Sustained Released Vita-C dan Vitamin E.. 
maknanya dua produk offer bulan niy dari Shaklee...

Kenapa sangat teruja dengan promosi kali niy??

Sebab dari dulu memang sangat mementingkan kesihatan kulit sebab ummi percaya cantik itu sihat dan bersih...

Tambahan pula sebelum niy memang pernah cuba amalkan Set Kulit Cantik ( add on vita-E jer sbb mmg regularly consume B Complex dan Vita-C) secara istiqomah selama 3minggu ... dan hasil nya memang ketara...kulit rasa sihat sangat dan cantik ...(kan dah feeling beautiful)

Jadi sementara offer bulan niy, jom grab...
Sesiapa yang nak rasa sendiri bestnya set niy.....ini lah masanya, sms atau WA kod

'Bercantik-cantik' untuk dapatkan hadiah misteri dari ummi :)


Lagi best...
Kalau minat nak dapatkan set 6 botol Vitamin E, anda layak terima keahlian Shaklee secara percuma berserta sebotol Vitamin E percuma dan bonus RMXX pada hari bonus Shaklee :) 15 hb depan ..

Jadi, tak nak bolot sorang-sorang....nak ajak adik kakak, mak, abang semua boleh pakat kongsi order sama-sama....terutamanya buat bakal-bakal pengantin yang nak nampak glowing-glowing kebabom masa hari bahagia nanti, WA cepat-cepat ok..

Nak tunggu apa lagi???  Jom bercantik-cantik  :)


 
seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com** 
 

 
 

 
 
 

Sunday, November 30, 2014

Hilangnya Mahkota Wanita Demi Insan Tersayang

Salam...

Hari tu memang perasan, cepat betul bilik air niy kotor balik sebab mula banyak rambut tersekat di lubang air.... tapi, baru 2 hari cuci....

Duduk-duduk sambil lipat kain, terperasan pulak...eh banyak sampah n habuk kat bilik niy...tapi bila sapu, gulp! Gumpalan rambut jer yang banyak melekat kat penyapu...

Dan kemuncaknya bila semakin banyak rambut melekat di sikat ketika menyikat rambut..malah adakalanya bergumpal2...eh..ada sakit leukimia ker?? mcm dalam drama, klu ada kanser mesti rambut gugur sampai botak...BOTAK??

Telek2 kat depan cermin...ok....memang makin nipis..eh..ada macam lubang lak tengah niy...sebelum niy tak der kan????

sekali lagi... BOTAKK????

Sedangkan suami suka usap-usap dan cium rambut yang lebat dan panjang...kalau dah semakin nipis dan mula BOTAK?? 

Akan hilangkah mahkota wanita selepas melahirkan permata hati ...

Kenapa rambut gugur selepas melahirkan?

Apa yang berlaku adalah semasa kehamilan, rambut bertahan lebih lama pada tubuh dan tidak gugur seperti kebiasaannya..

Dan selepas melahirkan, hormon pun mula berubah menyebabkan rambut yang sedang dalam fasa rehat mula gugur dan proses untuk rambut baru mula tumbuh akan berlaku..dan ia sepatutnya kembali stabil selepas 6-7 bulan...

Jika rambut tidak kembali lebat selepas tempoh itu, terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa ibu-ibu mengalami masalah kekurangan zat besi ...dan situasi ini kerap berlaku kepada ibu-ibu selepas bersalin kerana corak pemakanan terutamanya ketika berpantang yang tidak mengandungi nutrisi yang lengkap...

Bonus bagi ibu-ibu yang mengambil set berpantang beserta Zinc Complex Shaklee kerana selain dari mempermudahkan penyembuhan luka bersalin, ia turut mengandungi zat besi yang dapat membantu mengawal masalah keguguran rambut secara kritikal..


Cara atasi rambut GUGUR selepas bersalin


Jadi bagi ibu-ibu yang mahu atasi masalah ini serta mencuba sendiri kehebatan Shaklee Zinc Complex hubungi Ummi untuk lebih maklumat dan pelanggan ummi akan diberikan khidmat nasihat secara ekslusif. Atau anda boleh BELI SEKARANG dan Zinc Complexs anda akan sampai terus ke rumah.



seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**




Wednesday, November 26, 2014

Bubur Pertama Bayi

Salam, 
 Tips niy diperolehi dari seorang rakan facebook, dikongsikan sebagai alternatif buat ibu-ibu yang baru nak perkenalkan solid food untuk bayi mereka...

Selamat mencuba! 

My First Baby Porridge
1. Masak nasi seperti biasa untuk satu keluarga di dalam rice cooker elektrik
2. Ketika nasi baru saja kering, ambil secedok nasi di bahagian permukaan tengah dan masukkan nasi itu ke dalam sebuah mangkuk kaca/aluminium kecil. Jangan guna mangkuk plastik. Pastikan masih ada ruang yang banyak di dalam mangkuk itu (jangan letak nasi sampai padat).
3. Letakkan kembali mangkuk itu di dalam rice cooker, menggantikan tempat nasi dicedok tadi. Tuangkan air yang baru mendidih (boiling water) ke dalam mangkuk itu. Tutup periuk nasi, dan biarkan nasi masak seperti biasa. Serentak dgn itu bubur itu juga akan masak.
**Inilah cara mudah dan cepat untuk memasak bubur dalam kuantiti yang sedikit dan tidak memerlukan untuk mengguna periuk kecil yg lain. Bubur boleh masak serentak dengan hidangan nasi sekeluarga.
Serbuk Ikan Bilis
1. Basuh segenggam ikan bilis hingga bersih. Rendamkan selama setengah jam untuk membuang lebihan garam. Jemur ikan bilis tadi di bawah panas matahari sehingga airnya kering, atau boleh juga panaskan sekejap di dalam microwave oven.
2. Goreng ikan bilis tanpa minyak sehingga garing. Biarkan sejuk.
3. Kisar ikan bilis itu menggunakan blender kering sehingga hancur.
4. Simpan di dalam bekas kedap udara. Jika dibuat dengan bersih dan tidak terkena air, serbuk ikan bilis ini boleh tahan selama seminggu di dalam suhu bilik.
Bubur nasi bersama serbuk ikan bilis.
1. Setelah bubur nasi tadi masak, masukkan sedikit serbuk ikan bilis
2. Masukkan beberapa titik minyak bijan dan gaul sehingga rata.
3. Boleh juga letakkan sedikit daun bawang yang dicincang halus.


Bubur ini sangat berkhasiat dan seimbang kerana mempunyai karbohidrat (dari bubur), kalsium (dari ikan bilis), dan vitamin serta fiber (dari daun bawang). Cubalah! 



.... bagi penggemar bubr nasi, rasanya baca resipi pun dah terbayang sedapnya :) Juga sesuai untuk anak-anak yang sedang demam atau tiada selera makan..Selamat Mencuba


..seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**

Jangkitan selsema di Nurseri

Salam,


anak berumur 1 tahun keatas dan kerap selsema? jangkitan dari kanak-kanak di nurseri? Ini berlaku kerana apabila kanak-kanak bermain bersama di pusat asuhan atau nurseri, kemungkinan mereka mendapat jangkitan selsema dari kawan-kawan di nurseri niy sangat lah tinggi...kerana hampir semua aktiviti dilakukan bersama-sama...

Cara atasi? pindahkan dari nurseri...bolehh??
bagi yang mampu atau dapat pengasuh yang dekat serna murah dan tidak berkira, memang lah untung, tapi bagi yang dah mencari tapi tak jumpa2 yang sesuai tue, bolehlah amalkan memberi anak-anak anda Omega Guard.. 

Ini kerana ia sangat baik untuk meningkatkan sistem imun badan serta menyihatkan paru-paru. ..Selainitu, kandungan DHA yang ada pada Omega Guard menigkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.


Cara bagi anak Omega Guard.

Bagi kanak-kanak berumur 1-3 tahun, sebiji Omega Guard seminggu sudah mencukupi bagi menggalakkan peningkatan sistem imun badan.

manakala bagi anak-anak 3 tahun keatas pula, hanya sebanyak 2 biji Omega Guard seminggu bagi menampung keperluan badan mereka meningkatkan sistem imun melawan jangkitan kuman.

Anak tak nak makan Omega Guard?

Dah cuba bagi?? Bagi anak-anak kecil yng tak mampu menelan butir-butir keemasan Omega Guard niy, bolehlah anda picitkan minyak ikan tersebut dalam bubur anak.

Masak siap-siap bubur tersebut, kemudian barulah tambah dgn perisan minyak Omega iy...Inshaallah, mesti si manja anda gemarkannya.

Selain bubur, boleh juga dicampur kedalam sup atau pun susu botol..cuba beberapa kali dan akhirnya, dia xperasan pun, malah sedapppp... 

Testimoni Hana Sakinah, 1y8mth 

dari kali pertama bagi Omega Guard, Hana memang sangat suka akan rasanya, malah umi terpaksa sorok dari Hana yang bijak bistari. Kalau ternampak botol Shaklee pasti dia menjerit,,"ali..ali..." ~means Shaklee..Shaklee.. :)

Alhamdulillah sejak amalkan Omega Guard pada dia, memang nampak kurang kerap selsema n demam...walau kawan2 lain di rumah asuhannya mertukar2 alami selsema tapi dia jarang kena dan kalau terkena juga, pasti cepat sembuh, ummi sangat syukur, kurang berjaga malam.... :))

Dan ajaibnya..'dia booleh menelan terus butir emas Omega Guard niy, walaupun Kakak Nuha 6y xboleh...
lain anak, lain kemampuan dan caranya :)

Jadi bagi ibu-ibu yang mahu atasi masalah ini serta mencuba sendiri kehebatan Omega guard untuk anak, boleh hubungi Umi untuk lebih maklumat dan pelanggan ummi akan diberikan khidmat nasihat secara ekslusif. Atau anda boleh BELI SEKARANG dan Omega Guard anda akan sampai terus ke rumah


seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**

Saturday, November 22, 2014

5 tips untuk minum lebih air.

Salam,

 Jika anda rasa anda perlu minum lebih air, boleh cuba amalkan tips2 berikut;

1. Minum segelas air kira-kira setengah jam setiap kali sebelum makan. Ini juga mampu membantu anda mengawal berat badan dan pemakanan. ~perut tidak terlalu lapar ketika mula makan dan menyenduk makanan.

2. Pilih minuman (sihat rendah kalori) yang anda paling suka kerana lagi anda suka, lagi banyak anda minum :)

3. Minum air setiap kali anda selesai makan makanan ringan. (makin kerap makan, makin kerap la minum )

4. makan lebih banyak sayur dan buah-buahan kerana ia juga mengandungi kandungan air yang tinggi.

5. Simpan botol air dimana sahaja yang senang di capai - dalam beg, dalam kereta, atas meja.. (terutamanya jika anda bekerja di dalam aircond atau dibawah terik matahari) 

dan..jika anda sedang menyusukan bayi, minum air setiap kali sebelum dan selepas menyusukan dapat menggalakkan penghasilan susu badan...Ibu-ibu  yang menyusukan memerlukan air yang lebih kerana cecair badan(susu) akan keluar dengan lebih kerap.



seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**

    Friday, November 21, 2014

    7 Teknik Mudah Galak Penghasilan Susu Ibu

    Salam,
     
    Kali ni nak share tip-tip yang saya amalkan untuk tambah susu badan...especially klu ibu dah mula datang bulan..or dah start bekerja...

     
    1. Amalkan pam susu secara berjadual.
    Ini supaya semasa let down berlaku, ibu telah mula mengepam maka dapat mengumpul susu secara optimum. Jika ibu hanya mengepam apabila terasa penuh dan keras, penghasilan susu boleh merudum. 

    2. Tendem pumping.
    sama ada bersama bayi atau pump tambahan. agar susu yang terhasil semasa let down dapat terkumpul dari kedua-dua botol susu. let down akan berlaku secara serentak...jika semasa menyusukan bayi dan sedang tidak mengepam, cuba perhatikan susu yang keluar serentak dengan yang sedang dihisap oleh bayi, tadah dengan botol susu dan ibu pasti terkejut dengan jumlah nya yang banyak.. :)

    3. Power pumping
    terdapat pelbagai versi power pumping yang saya jumpa di internet, namun yang saya amalkan ialah pump 10 min, rest 10 min dan pump kembali.
    Hasil: sekali pump dapat 2-3oz, sebab repeat power pumping 4kali, dapat lah 2.5oz x 4 kali pump.. jadi hasil akhir ialah sebanyak 10 oz... minum banyak air sebelum dan semasa power pumping. Waktu paling istimewa dengan hasil optimum ialah ketika awal pagi.

    4. Teknik Marmet
    Setelah selesai sesi pam menggunakan pum elektrik, gunakan teknik marmet bagi memastikan miss B benar-benar kosong kerana susu akan dihasilkan melebihi permintaan jika tidak benar-benar kosong, penghasilan seterusnya akan merudum kerana seolah2 susu dari sesi sebelumnya tidak habis...boleh tgk di youtube untuk teknik yang betul

    5. No stress & positive mind
    mana ada orang yang tak der masalah kan...let it go, atleast masa nak pump atau menyusukan anak... amalkan B Complex Shaklee supaya lebih bertenaga dan xterasa sangat berat masalah yang lain-lain tue...
    Belajar bersyukur pada hal-hal yang kecil juga mampu meredakan stress
    contohnya; syukur dapat pum walaupun 2 oz je hasil daripada anak terpaksa minum susu formula,

    6. Xtra water.
     Minum air at least 3L sehari. Ini dapat elakkan ibu mengalami dehidrasi dan seterusnya melancarkan penghasilan susu ibu. Minuman berasaskan tenusu lazimnya menggalakkan penghasilan susu ibu kerana ia tinggi protein,dan membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan untuk bertenang dan menyusukan bayi..
    Favourite sebelum menyusukan ialah ESP + Jus Kurma suam2 kuku gitu.... 
     
    7. Pastikan ibu sihat.
    Ketika badan tidak sihat, didapati penghasilan susu juga boleh merudum. Mengamalkan Set Penyusuan Shaklee bukan sahaja berjaya memberikan badan yang lebih sihat dan cergas, ia juga membantu ibu bertenaga untuk menjaga bayi tersayang ..
     
     
    dan Yang paling penting, teruskan berdoa dimurahkan dan dipermudahkan rezeki susu ibu untuk anak...keep in mind, Hasil sikit tak bermakna tidak mencukupi.. 



     

    seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
    **sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**






    Wednesday, November 19, 2014

    6 sebab utama kenapa perlu minum Air

    Salam,

    60% dari badan manusia ialah cecair..sebab tue kita kena minum air ;)   betul ker?? fakta dari mana??

    betul lah tue...cuma 60% tue termasuklah darah, serta macam-macam jenis cecair badan yang lain...

    kita terdedah kepada haba dari badan sendiri, juga dari cuaca persekitaran, kering dalam aircond, kencing, atau berpeluh,  dan muntah ketika demam atau tidak sihat... seterusnya air dalam badan akan tersejat keluar dan menyebabkan kita kurang bermaya dan jika tidak dirawat segera, beberapa sistem badan juga mungkin terjejas.

    Cecair badan ini berfungsi menggalakkan penghadaman, penyerapan nutrient dari makanan dan minuman, peredaran darah, penghasilan air liur, membawa nutrient ke seluruh tubuh dan juga mengekalkan suhu badan.

    Kenapa badan memerlukan air??

    penjelasan kepada persoalan utama diatas ialah seperti;

    1. Minum air yang mencukupi bagi fungsi badan; 
    - kelenjar pituari di otak akan berkomunikasi dengan ginjal dan menentukan jumlah air  yang perlu dikeluarkan sebagai air kencing dan jumlah yang perlu dikekalkan untuk menampung fungsi badan yang lain.

    Dan apabila jumlah cecair badan berkurangan, signal akan dikeluarkan untuk mengaktifkan mekanisma haus badan... Jadi, seeloknya minum sebaik sahaja terasa haus kerana itu tandanya cecair badan tidak mencukupi.


    2. Air membantu mengawal kalori. 
    Benar!! air mampu membantu mengawal kalori yang masuk ke dalam badan seseorang dan seterusnya membantu menurunkan berat badan. Khasiat air?? ialah sebagai gantian kepada air-air manis berkalori tinggi yang sering diambil. Gantikan dengan air putih / masak / mineral dan dapatkan kesan dalam jangkamasa panjang; berat badan pun boleh turun :)

    malah makanan yang mengandungi kadar cecair yang tinggi seperti bihun sup berbanding bihun goreng,yang memerlukan lebih masa untuk dikunyah akan diserap secara perlahan-lahan oleh badan, dan perut akan lebih cepat kenyang...Maka anda akan makan kurang berbanding bila makan makanan bergoreng / kering.


    3. Air membekalkan tenaga kepada otot.

     Sel badan yang kering / kurang air boleh menyebabkan kelesuan pada otot tubuh. Ini akan menyebabkan kegagalannya fungsi dalam menjalankan aktiviti seharian. Minum air yang mencukupi bagi mengelakkan masalah dihidrasi terutamanya ketika sedang bersenam kerana bendalir badan akan berkurangan kerana suhu badan naik dan juga tersejat sebagai peluh..

    Amalkan minum air yang banyak seawal 2 jam sebelum melakukan aktiviti senaman agar bendalir badan dapat diganti sebaik mula berpeluh. Seeloknya pilihlah minuman isotonik agar tubuh lebih bertenaga dan otot badan dapat berfungsi sepenuhnya.




    4. Air bantu kekalkan kesihatan kulit agar cantik berseri. 
    Kulit mengandungi cecair dan sistem yang berfungsi mengawal kehilangan air secara berlebihan. 
    Dihidrasi akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan garis-garis halus akan kelihatan. Minum air yang mencukupi akan mengawal ia dari berlaku.

    Anda juga boleh menggunakan pelembap kulit untuk menjaga kelembapannya.

    5. Air membantu buah pinggang berfungsi dengan baik.
    Cecair adan juga bertindak membawa bahan buangan keluar dari sel-sel badan. Toksin utama dalam badan ialah blood urea nitrogen yang larut air dan akan melepasi buah pinggang untuk keluar bersama air kencing. 

    Apabila air badan berkurangan dan tidak mencukupi, air kencing akan menjadi pekat serta menyebabkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk menyingkirkan toksin dalam badan... dan jika ini berterusan, toksin akan terkumpul menjadi batu karang. dan mengakibatkan kesakitan ...


    6. Air mengekalkan kesihatan sistem penghadaman.
    Cecair badan didalam usus bertindak membawa bahan pencernaan dengan lancar. Apabila cecair berkenaan berkurangan, kolon akan menyerap semula air yang ada pada bahan buangan untuk menstabilkan fungsi penghadaman. ini menyebabkan najis menjadi lebih keras dan mengganggu sistem penghadaman.

    Cecair dan serat umpama penyapu yang menyapu bersih usus anda!!



    seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
    **sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**

    Tips kulit cantik sihat secara semulajadi

    Salam,

    Seiring peningkatan usia, kulit akan mula merosot dan menampakkan kesan-kesan penuaan serta jeragat dan garis-garis halus. keadaan ini berlaku kerana penghasilan kolagen akan mula berkurangan. 

    dengan adanya perkembangan pesat bidang kosmetik, terhasilah pelbagai produk yang bukan sahaja dapat menutup cela-cela pada wajah, malah ada juga yang dapat memudahkan terus garis-garis halus atau kesan kawah jerawat pada kulit...

    Namun, ianya hanya sementara malah terdapat juga ketidak sesuaian kulit terhadap produk-produk tersebut yang memburukkan lagi keadaan kulit sedia ada.


    bagi mengatasinya, produk-produk penjagaan kulit yang natural, lebih selamat tanpa kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan menjadi pilihan lebih bijak.

    bagi mendapatkan kulit yang nyata lebih sihat dan cantik memerlukan tiga elemen penjagaan yang menyeluruh dan pastinya memerlukan komitmen serta kesungguhan seseorang itu sendiri.

    Bermula dengan rutin penjagaan kulit yang asas hingga yang paling mewah, diikuti dengan senaman secara berkala dan akhir sekali pemakanan sihat yang berkhasiat untuk kecantikan kulit, pastinya keremajaan dan kesihatan kulit dapat bertahan dengan lebih lama dan anda akan kelihatan lebih muda dari usia... inshaallah...

    Tips kulit cantik sihat dari dalam secara semulajadi

    1. Senaman Kardio -  Bersenam secara konsisten setiap hari dapat menambah kecantikan kulit secara semuladi kerana bersenam akan membantu peredaran darah menjadi lebih lancar. Senaman kardio seperti berjalan, berenang, menari, aerobic dapat memberi kesan ini. Senaman kardio yang ringkas seperti berjalan boleh dilakukan seawal pagi seperti berjalan kesurau untuk solat subuh berjemaah atau mungkin di sekitar halaman rumah sewaktu menyiram bunga.

    Sibuk bekerja? cuba amalkan berjalan ke pejabat dengan meletak kenderaan agak jauh dari pejabat. :)  ~ amalkan, dan dapatkan bonus penurunan berat badan serta jadi lebih sihat.

    2.  Pemakan sihat tinggi nutrisi - Vitamin A, B, C, E serta protein, zinc, antioksidan dan karbohidrat antara nutrisi yang diperlukan oleh tubuh melancarkan peredaran darah. Ia menggalakkan kulit yang sihat serta mengelakkan kesan-kesan penuaan pra matang dari terjadi. 

    Ini boleh diserap melalui pemakan seimbang dengan menambil lebih sayur-sayuran hijau, ikan, kacang, jus buah-buahan segar, telur, susu, yogurt dan pelbagai makanan kesihatan.


    Akhirnya, rutin penjagaan kulit. Adalah sangat penting untuk mengamalkan rutin penjagaan kulit bagi mendapatkan kesan yang optimum dalam mengekalkan keremajaan kulit.

    Dari rutin asas harian seperti mencuci muka, menyapu penyegar dan pelembab hinggalah melakukan facial treatment mingguan seperti scrub dan penggelupasan serta memanjakannya dengan mask muka untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalannya..

    -mencuci muka menggunakan pencuci muka yang lembut, semulajadi serta sesuai dengan jenis kulit setiap pagi dan petang.
    -scrub muka untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang ada, agar dapat menghasilkan sel-sel baru yang lebih muda dan segar dan menjamin keanjalan kulit. seeloknya dilakukan dua kali seminggu. scrub lembut hingga leher dan kemudian cuci dengan air suam, dan akhir sekali bilas dengan air paip yang sejuk... dan biarkan ia kering seketika...Ini dapat meningkatkan effect kulit glowing2.. gituu... :)
    -Toner/ penyegar : Sapu menggunakan kapas lembut dan biarkan ia meresap kedalam kulit. 
    -pelembab: asas yang paling penting dalam penjagaan kulit wajah. kerana kulit kering akan menampakkan garis-garis halus..Pilih pelembap muka yang mengandungi vitamin E serta mudah diserap , dan memiliki SPF (antara 15-30) adalah sangat baik...


    dan Akhir sekali , kulit memerlukan pelembab dari dalam untuk kekal lembap anjal dan segar dari luaran. Minum air mencukupi antara 2.5-3liter sehari dapat membantu mengekalkan keremajaan kulit..serta memperbaiki kesihatan anda secara keseluruhan :) 



    seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
    **sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**