Wednesday, November 26, 2014

Bubur Pertama Bayi

Salam, 
 Tips niy diperolehi dari seorang rakan facebook, dikongsikan sebagai alternatif buat ibu-ibu yang baru nak perkenalkan solid food untuk bayi mereka...

Selamat mencuba! 

My First Baby Porridge
1. Masak nasi seperti biasa untuk satu keluarga di dalam rice cooker elektrik
2. Ketika nasi baru saja kering, ambil secedok nasi di bahagian permukaan tengah dan masukkan nasi itu ke dalam sebuah mangkuk kaca/aluminium kecil. Jangan guna mangkuk plastik. Pastikan masih ada ruang yang banyak di dalam mangkuk itu (jangan letak nasi sampai padat).
3. Letakkan kembali mangkuk itu di dalam rice cooker, menggantikan tempat nasi dicedok tadi. Tuangkan air yang baru mendidih (boiling water) ke dalam mangkuk itu. Tutup periuk nasi, dan biarkan nasi masak seperti biasa. Serentak dgn itu bubur itu juga akan masak.
**Inilah cara mudah dan cepat untuk memasak bubur dalam kuantiti yang sedikit dan tidak memerlukan untuk mengguna periuk kecil yg lain. Bubur boleh masak serentak dengan hidangan nasi sekeluarga.
Serbuk Ikan Bilis
1. Basuh segenggam ikan bilis hingga bersih. Rendamkan selama setengah jam untuk membuang lebihan garam. Jemur ikan bilis tadi di bawah panas matahari sehingga airnya kering, atau boleh juga panaskan sekejap di dalam microwave oven.
2. Goreng ikan bilis tanpa minyak sehingga garing. Biarkan sejuk.
3. Kisar ikan bilis itu menggunakan blender kering sehingga hancur.
4. Simpan di dalam bekas kedap udara. Jika dibuat dengan bersih dan tidak terkena air, serbuk ikan bilis ini boleh tahan selama seminggu di dalam suhu bilik.
Bubur nasi bersama serbuk ikan bilis.
1. Setelah bubur nasi tadi masak, masukkan sedikit serbuk ikan bilis
2. Masukkan beberapa titik minyak bijan dan gaul sehingga rata.
3. Boleh juga letakkan sedikit daun bawang yang dicincang halus.


Bubur ini sangat berkhasiat dan seimbang kerana mempunyai karbohidrat (dari bubur), kalsium (dari ikan bilis), dan vitamin serta fiber (dari daun bawang). Cubalah! 



.... bagi penggemar bubr nasi, rasanya baca resipi pun dah terbayang sedapnya :) Juga sesuai untuk anak-anak yang sedang demam atau tiada selera makan..Selamat Mencuba


..seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**

No comments:

Post a Comment