Saturday, November 8, 2014

Apa nak buat bila anak kecil bawah dua tahun demam?

Salam,

Apa anak buat bila anak kecil bawah dua tahun demam?
memula sekali ibu perlu sukat dulu temperature demam tu... Kalau sangat tinggi iaitu 39C keatas, perlu terus berjumpa doctor...
tapi sementara nak g klinik tu, apa perlu buat?? Boleh cuba langkah2 berikut untuk cuba turunkan temperature badan baby..




1. Tenangkan anak - ini kerana anak yang demam selalunya gelisah dan tidak selesa.. cuba buat dia selesa dengan mendukung atau menyanyikan lagu atau apa sahaja aktiviti yang selalunya disukainya...

2. Buka pakaian anak -.. tinggalkan pampes/ seluar sahaja... kalau kaki sejuk, boleh pakai stokin. Ini untuk pastikan anak tak overheated...dan mengganggu sistem atau fungsi organ dalamannya.

3. Ubat demam - kalau memang ada ubat demam dia seperti paracetamol, boleh bagi ikut dos yang betul sepaya suhu dapat diturunkan.. jika tiada ubat,  ibu boleh sapu air pada bahagian kepala dan letak kapas yang telah dibasahkan pada bahagian ketiak anak   (bayi 0-12) atau oleh juga dimandikan (anak 1thn++) ini akan menurunkan suhu badan anak tetapi tidak menyembuhkan penyebab demam.

4. Banyakkan minum-  Ketika demam, suhu badan yang tinggi ditambah dengan peluh yang keluar, air mata, air liur, muntah dan cirit birit, anak anda mungkin mengalami masalah dehidrasi, berikut adalah tanda-tanda dehidrasi; mulut kering/bibir merekah, tiada air mata, sunken eyes, anak lesu dan pening, serta kelihatan lebih sakit,

Anak tak mahu minum?? jika anak anda masih bayi dan menyusu badan, kerapkan penyusuan (pada masa yang sama ibu perlu minum banyak agar lebih susu dapat terhasil) dan bagi anak-anak yang sudah pandai minum minuman lain, antara minuman yang disarankan ialah air putih , jus, kordial, minuman isotonic atau campurkan Shaklee Performance Drinks kedalam apa sahaja minuman untuk pastikan anak tidak dehidrate..


Jika demam pada waktu malam (kerap berlaku dikalangan kanak-kanak) ibu / ayah perlu kerap bangun (1 jam sekali untuk memeriksa suhu badan anak. ini kerana suhu badan kanak-kanak mudah naik mendadak pada waktu malam. 

Terus berjumpa doktor jika anak semakin lemah / suhu bertambah tinggi .


seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**


No comments:

Post a Comment