Monday, November 17, 2014

Persediaan berpantang sendiri selepas bersalin

Salam,

Semenjak dua menjak niy, semakin ramai yang memilih untuk berpantang sendiri di rumah, sama ada yang bersalin normal mahu pun yang bersalin secara Ceaser

Antara penyebab utama nya ialah:
1. Tinggal jauh dari keluarga
2. Ibu /keluarga telah uzur / masih sibuk bekerja
3. Memudahkan urusan anak-anak lain yang telah bersekolah

Rasanya tak salah berpantang sendiri jika terpaksa dan merasakan berpantang sendiri lebih mudah,( ummi juga berpantang sendiri ketika bersalin kali ke 2, 3 dan 4) tetapi masih perlu BERPANTANG... bukan main lebur je...

Bukan apa, penjagaan semasa berpantang adalah demi kesihatan pada masa hadapan, kalau ibu tak jaga kesihatan, macam mana pula dengan anak-anak kemudian?? Siapa yang akan bantu menjaga anak-anak jika ibu mula sakit atau terlantar tak boleh bangu??

Jadi yang paling utama semasa membuat keputusan ingin berpantang sendiri ialah dapatkan persetujuan serta kerjasama suami...atau ahli keluarga / jiran terdekat...
Antara persediaan yang perlu di lakukan sekiranya memilih untuk berpantang sendiri ialah :
1. Membuat persediaan keperluan bayi sebelum bersalin
2.Membuat persediaan keperluan ibu berpantang
3. Membuat perancangan / persediaan bagi anak-anak lain bawah jagaan ibu sepanjang berpantang   -sekiranya mempunyai anak lain dari baby baru

Penting bagi ibu untuk mendapatkan maklumat-maklumat  berkenaan berpantang seperti apa yang perlu dilakukan sepanjang berpantang dan pemakanan macam mana yang perlu diambil ketika berpantang...

Bagi yang pernah berpantang dengan ibu / keluarga pasti boleh merangka2 persediaan yang diperlukan..
tetapi bagi yang berpantang anak sulung terutamanya, rajin-rajin lah cari maklumat sebelum bersalin..(boleh dapat maklumat dari internet/ pengalaman rakan-rakan atau kaum keluarga)

Jadi jika ada keperluan...sila buat persediaan awal bagi mengelakkan perkara-perkara seperti:
-terpaksa drive seawal seminggu bersalin; spt hantar anak sekolah, g pasar
-ibu bentan, menggigil seorang tak larat bagun tapi baby nangis nak susu...
-atau ibu pitam semasa berseorangan dengan baby..
-ibu juga mungkin stress dan mengalami masalah meroyan..

hasil kesemua diatas ialah penghasilan susu ibu yang kurang meriah.. pastu anak nangis x henti sebab xpuas menyusu...

Please...wat preparation ....paling tidak, demi bayi comel anda :)
saya berpantang sendiri sebanyak 3 kali, dan Alhamdulillah...masih dapat amalkan rejimen berpantang n pantang larang berpantang selepas bersalin walaupun tak berapa nak konsisten....

nanti akan dikongsikan dalam entry yang lain, Inshallah...
Take care

seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**

No comments:

Post a Comment