Wednesday, November 19, 2014

6 sebab utama kenapa perlu minum Air

Salam,

60% dari badan manusia ialah cecair..sebab tue kita kena minum air ;)   betul ker?? fakta dari mana??

betul lah tue...cuma 60% tue termasuklah darah, serta macam-macam jenis cecair badan yang lain...

kita terdedah kepada haba dari badan sendiri, juga dari cuaca persekitaran, kering dalam aircond, kencing, atau berpeluh,  dan muntah ketika demam atau tidak sihat... seterusnya air dalam badan akan tersejat keluar dan menyebabkan kita kurang bermaya dan jika tidak dirawat segera, beberapa sistem badan juga mungkin terjejas.

Cecair badan ini berfungsi menggalakkan penghadaman, penyerapan nutrient dari makanan dan minuman, peredaran darah, penghasilan air liur, membawa nutrient ke seluruh tubuh dan juga mengekalkan suhu badan.

Kenapa badan memerlukan air??

penjelasan kepada persoalan utama diatas ialah seperti;

1. Minum air yang mencukupi bagi fungsi badan; 
- kelenjar pituari di otak akan berkomunikasi dengan ginjal dan menentukan jumlah air  yang perlu dikeluarkan sebagai air kencing dan jumlah yang perlu dikekalkan untuk menampung fungsi badan yang lain.

Dan apabila jumlah cecair badan berkurangan, signal akan dikeluarkan untuk mengaktifkan mekanisma haus badan... Jadi, seeloknya minum sebaik sahaja terasa haus kerana itu tandanya cecair badan tidak mencukupi.


2. Air membantu mengawal kalori. 
Benar!! air mampu membantu mengawal kalori yang masuk ke dalam badan seseorang dan seterusnya membantu menurunkan berat badan. Khasiat air?? ialah sebagai gantian kepada air-air manis berkalori tinggi yang sering diambil. Gantikan dengan air putih / masak / mineral dan dapatkan kesan dalam jangkamasa panjang; berat badan pun boleh turun :)

malah makanan yang mengandungi kadar cecair yang tinggi seperti bihun sup berbanding bihun goreng,yang memerlukan lebih masa untuk dikunyah akan diserap secara perlahan-lahan oleh badan, dan perut akan lebih cepat kenyang...Maka anda akan makan kurang berbanding bila makan makanan bergoreng / kering.


3. Air membekalkan tenaga kepada otot.

 Sel badan yang kering / kurang air boleh menyebabkan kelesuan pada otot tubuh. Ini akan menyebabkan kegagalannya fungsi dalam menjalankan aktiviti seharian. Minum air yang mencukupi bagi mengelakkan masalah dihidrasi terutamanya ketika sedang bersenam kerana bendalir badan akan berkurangan kerana suhu badan naik dan juga tersejat sebagai peluh..

Amalkan minum air yang banyak seawal 2 jam sebelum melakukan aktiviti senaman agar bendalir badan dapat diganti sebaik mula berpeluh. Seeloknya pilihlah minuman isotonik agar tubuh lebih bertenaga dan otot badan dapat berfungsi sepenuhnya.




4. Air bantu kekalkan kesihatan kulit agar cantik berseri. 
Kulit mengandungi cecair dan sistem yang berfungsi mengawal kehilangan air secara berlebihan. 
Dihidrasi akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan garis-garis halus akan kelihatan. Minum air yang mencukupi akan mengawal ia dari berlaku.

Anda juga boleh menggunakan pelembap kulit untuk menjaga kelembapannya.

5. Air membantu buah pinggang berfungsi dengan baik.
Cecair adan juga bertindak membawa bahan buangan keluar dari sel-sel badan. Toksin utama dalam badan ialah blood urea nitrogen yang larut air dan akan melepasi buah pinggang untuk keluar bersama air kencing. 

Apabila air badan berkurangan dan tidak mencukupi, air kencing akan menjadi pekat serta menyebabkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk menyingkirkan toksin dalam badan... dan jika ini berterusan, toksin akan terkumpul menjadi batu karang. dan mengakibatkan kesakitan ...


6. Air mengekalkan kesihatan sistem penghadaman.
Cecair badan didalam usus bertindak membawa bahan pencernaan dengan lancar. Apabila cecair berkenaan berkurangan, kolon akan menyerap semula air yang ada pada bahan buangan untuk menstabilkan fungsi penghadaman. ini menyebabkan najis menjadi lebih keras dan mengganggu sistem penghadaman.

Cecair dan serat umpama penyapu yang menyapu bersih usus anda!!



seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**

No comments:

Post a Comment