Friday, December 16, 2016

Gangguan bekalan air sekitar selangor pada 19 Disember 2016 hingga 24 disember 2016

Gangguan bekalan air berjadual katanya...
Jadi, kawan2 yg terlibat boleh ready tong2 air... jgn terlepas info pulak....

Loji Rawatan Air Henti Tugas Untuk Kerja Penyenggaraan Bekalan Elektrik oleh TNB

SIARAN MEDIA

15 DISEMBER 2016

TNB akan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan bekalan elektrik di Pencawang Bukit Badong bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam pada 19 Disember 2016. Oleh itu, loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 akan henti tugas pada tempoh ini.

 

Beberapa kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa dan selepas kerja-kerja penyenggaraan bekalan elektrik oleh TNB.

 

Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 19 Disember 2016. Demi memastikan bekalan air diagihkan dengan lebih efisien setelah loji beroperasi semula, bekalan air akan diagihkan secara berjadual ke kawasan yang terlibat mengikut zon dari 20 sehingga 24 Disember 2016. Sila rujuk lampiran untuk jadual bekalan air mengikut zon.

 

Bagi kawasan di Zon 1, air akan dibekalkan mulai 4:00 petang pada 20 Disember 2016 dan dihentikan mulai 9:00 pagi pada 21 dan 22 Disember 2016. Air akan dibekalkan semula mulai 4:00 petang pada 23 dan 24 Disember 2016.

 

Bagi kawasan di Zon 2, air akan dibekalkan mulai 4:00 petang pada 21 dan 22 Disember 2016 serta dihentikan keesokan harinya mulai 9:00 pagi pada 23 dan 24 Disember 2016.

 

Bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air ke zon yang masih mengalami gangguan bekalan air kerana paras air rendah di kolam takungan air. Pengguna boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip: TANKER <jarak> Nama & Alamat.

 

Sila rujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook “Air Selangor” atau Twitter “air_selangor”  untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai gangguan bekalan ini.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.  

 

Dikeluarkan Oleh,

Amin Lin Abdullah

Ketua Komunikasi Korporat

Kumpulan Ahli Selangor

Untuk maklumat lanjut jadual mengikut kawasan masing2, boleh lah check di website Syabas          
http://www.syabas.com.my/press-release/lampiran-jadual-bekalan-air-mengikut-zon-19---24-disember-2016-petaling-klang-shah-alam-kuala-lumpur-gombak-kuala-langat-hulu-selangor-dan-kuala-selangor

Thursday, December 1, 2016

Im a mother of 5

Alhamdulillah.... dengan sukacitanya nak share berita gembira, ummi dah selamat melahirkan seorang lagi cahayamata lelaki pada 21 november 2016 yang lalu di hospital tengku ampuan rahimah klang...