Monday, October 31, 2016

Pengalaman Jalani Prosedur ECV

Assalammualaikum...

Nak kongsi pengalaman jalani prosedur ECV (
External Cephalic Version) petang tadi...sebelum jalani prosedur ni, seeloknya ibu survey dan ambik tahu, apa sebenarnay yang dimaksudkan oleh ECV ni...

Appointment untuk ECV ni doktor dah bagi pada minggu lepas, dan tarikh hariniy dipilih sebab dah cukup 37 minggu pada 3 hari yang lepas...waktu sesuai jalani ECV


Sehari sebelum
Prosedur ECV

Jururawat dah pesan supaya berpuasa mulai jam 8 pagi hari appointment... sebenarnya kena puasa 6 jam sebelum prosedur bagi mengosongkn perut, supaya prosedur dapat berjalan dengan lancar dan juga sebagai persediaan sekiranya ada keperluan untuk dibedah

Hari kejadian

Seawal 7 pagi dah siap-siap memasak untuk buat sahur ..hehe...pukul 8 pagi makan dan bersiap.... lepas tu pergi checkup sekejap kat klinik kesihatan, jururawat dah rindu nak jumpaa... :) 
akhirnya, pukul 1130 pagi, anak-anak dah masuk kereta untuk dihantar ke rumah opah... semua bersiap dengan 3 helai baju tambahan, sebagai persediaan kalau2 ummi terpaksa ditahan di hospital...

Abi pulak sibuk memasukkan barang ke dalam bonet kereta, beg ummi, beg baju baby, malah standby dengan kipas untuk duduk di wad :)
Setelah anak-anak dihantar ke rumah opah, ummi dan abi bertolak ke HTAR ... sampai di HTAR dalam pukul 145tengahari...sementara abi pusing cari tempat letak kereta, ummi turun di bangunan klinik pakar beserta kad pengenalan, handphone dan buku rekod kesihatan (buku pink)..ambil nombor giliran di ruang lobi dan buat pendaftaran sendiri...
Dalam hati...nerbes ny tuhan je yang tauuu....

Selesai ambik nombor, berjalan kaki ke wad bersalin 1C... terkedek2 berjalan,
almaklumlah, tak berapa boleh nak laju, pagi tadi check up, berat dah terlebih 500g dr sepatutny...hehe..

Ok, sampai di wad bersalin,wad 1C... serah buku pink dan appointment card pada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu wad... selepas catat serba sedikit butiran ummi, dia minta ummi masuk ke wad tersebut...masa ni abi dah kena tinggal kat luar...
beg, handphone dan lain-lain serah pada abi terus....masuk berteman buku pink jerr.

Sampai dalam wad, terus ke bilik sebelah kanan...ada jururawat tunggu....sebaik ummi serah buku pink, ummi diminta baring di kubikel no. 9... misi juga bertanya sekiranya ummi ada rasa nak buang air....mujur baru sahaja menyinggah di toilet sebelum ke wad..:) 

Ummi diminta berbaring dan alat pengesan denyutan jantung bayi (CTG) dipasang pada perut ummi...
Penangan berpuasa dari pagi, si kecil mula menunjukkn aksi lasak...bergerak-gerak perut dan alat yang dipasang, hinggakan jururawat asyik datang betulkan dan memujuk-mujuk bayi agar bertenang...  :)

Kemudian seorang doktor muda yang cantik datang dan memaklumkan dia akan memasangkan jarum dan mengambil sedikit darah dari tangan ummi..
prosedur standard la sebagai preparation awal untuk pembedahan...

Selepas 20 minit alat CTG menunjukkn bacaan yang 'cantik' , jururawat mematikan alat tersebut. Waktu tu mula terlihat kelibat seorang lagi doktor cantik , tapi doktor ni pakai baju biasa je, tak pakai uniform pun...

Selepas beberapa ketika, doktor tu mula datang dan bertanya keadaan ummi, ada apa2 masalah kesihatan? Jantung ok? .. ummi juga diterangkan risiko2 serta komplikasi yang mungkin berlaku. Ummi angguk tanda faham...n alert...

Alat scan dipasang untuk doktor memeriksa sendiri kedudukan bayi.....setelah berpuas hati dengan kedudukan bayi, ubat dimasukkan pada jarum yang terlekat kat tangan ummi tadi...

Dalam 5-10 saat kemudian doktor bertanya sama ada ummi mula rasa berdebar...yup ubat untuk melonggarkan perut tu beri kesan sampingan berdebar-debar dengan sangat kuat...nadi menjadi laju, ummi mula rasa lemah dan badan menggigil...

Alhamdulillah, doktor yang sangat berpengalaman, sebaik sahaja kesan ubat mula kelihatan, doktor minta ummi bertenang dan jangan panik, doktor juga berbual-bual dangan ummi bagi mengalih perhatian ummi dari panik...dan stress ...

Menurut jururawat bertugas, keadaan badan ibu yang stress , tertekan dan takut boleh beri kesan sakit pada perut masa prosedur...so, memang ummi cuba bertenang dan berserah... tawakal banyak2....bukan boleh terjun katil n lari laju-laju punn :)

3 kali doktor cuba memusingkan bayi dalam perut...malah pada separuh jalan, masa bayi di kedudukan melintang, kepala bayi seakan terlepas dari tangan doktor...masa niy memang ummi dok tahan getar...tawakal...dan berserah...dah memang xboleh buat apa... 
malah tersa senak sebab bayi berada pada kedudukan melintang dalam perut..

Percubaan kali ke 4, alhamdulillah, barjaya....bayi telah dipusingkan dan doktor menunjukkan imej jantung bayi yang elok berdegup....syukur sgt2....

Usai prosedur tersebut, sekali lagi alat CTG yang bertindak memantau pergerakan jantung bayi dipasang pd perut ummi...

Selepas 20 minit, dengan bacaan yang 'cantik' maka selesailah prosedur tersebut....
tapi, dek kerana ummi pening dan agak shaky, jururawat biar ummi berbaring dan berehat untuk beberapa ketika....

Bila dah stabil, ummi dibenarkan keluar dari wad bersalin untuk pulang ke rumah...

Dah usaha...lepas ni tinggal tawakal sgt2 agar bayi kecik niy tak pusing2 balik...
InshaAllah, perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita.....

No comments:

Post a Comment