Thursday, April 6, 2017

Diy cadar tilam baby lagi

Cadangny budjet ciput, so nk buat pelamin berendoi sendiri...kita wat simple2 je laa...seronok gak ber diy :)

InshaAllah akn guna bby cot je...so bjlnan la nk cari kain utk cadar bby...

Saturday, April 1, 2017

Planning majlis berendoi

InshaAlkah nk wat majlis berendoi +aqiqah+cukur jambul bby ahmad dzakir n nur iman mustaffa...

1. Tempah kambing aqiqah
2. Tempah kumpulan marhaban.
3. Survey buaian/ pelamin
4. Beli barang utk kenduri
5. Door gift

Saturday, March 18, 2017

Aktiviti cuti sekolah

Assalammualaikum...

Cuti sekolah bakal bermula, sedikit cabaran lebih sejak ber anak 5, seminggu ketiadaan pengasuh...

Ummi tak dapat bercuti sepanjang 5 hari,  tp tetap tak mahu anak2 ketinggalan menikmati cuti sekolah kali ini...

Memilih untuk menyediakan sendiri buku aktiviti + jurnal utk anak2 isi dengan aktiviti cuti sekolah dari perspektif mereka...semoga dpt beri sediki idea dan kebaikan utk semua :)

Friday, December 16, 2016

Gangguan bekalan air sekitar selangor pada 19 Disember 2016 hingga 24 disember 2016

Gangguan bekalan air berjadual katanya...
Jadi, kawan2 yg terlibat boleh ready tong2 air... jgn terlepas info pulak....

Loji Rawatan Air Henti Tugas Untuk Kerja Penyenggaraan Bekalan Elektrik oleh TNB

SIARAN MEDIA

15 DISEMBER 2016

TNB akan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan bekalan elektrik di Pencawang Bukit Badong bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam pada 19 Disember 2016. Oleh itu, loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 akan henti tugas pada tempoh ini.

 

Beberapa kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa dan selepas kerja-kerja penyenggaraan bekalan elektrik oleh TNB.

 

Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 19 Disember 2016. Demi memastikan bekalan air diagihkan dengan lebih efisien setelah loji beroperasi semula, bekalan air akan diagihkan secara berjadual ke kawasan yang terlibat mengikut zon dari 20 sehingga 24 Disember 2016. Sila rujuk lampiran untuk jadual bekalan air mengikut zon.

 

Bagi kawasan di Zon 1, air akan dibekalkan mulai 4:00 petang pada 20 Disember 2016 dan dihentikan mulai 9:00 pagi pada 21 dan 22 Disember 2016. Air akan dibekalkan semula mulai 4:00 petang pada 23 dan 24 Disember 2016.

 

Bagi kawasan di Zon 2, air akan dibekalkan mulai 4:00 petang pada 21 dan 22 Disember 2016 serta dihentikan keesokan harinya mulai 9:00 pagi pada 23 dan 24 Disember 2016.

 

Bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air ke zon yang masih mengalami gangguan bekalan air kerana paras air rendah di kolam takungan air. Pengguna boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip: TANKER <jarak> Nama & Alamat.

 

Sila rujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook “Air Selangor” atau Twitter “air_selangor”  untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai gangguan bekalan ini.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.  

 

Dikeluarkan Oleh,

Amin Lin Abdullah

Ketua Komunikasi Korporat

Kumpulan Ahli Selangor

Untuk maklumat lanjut jadual mengikut kawasan masing2, boleh lah check di website Syabas          
http://www.syabas.com.my/press-release/lampiran-jadual-bekalan-air-mengikut-zon-19---24-disember-2016-petaling-klang-shah-alam-kuala-lumpur-gombak-kuala-langat-hulu-selangor-dan-kuala-selangor

Thursday, December 1, 2016

Im a mother of 5

Alhamdulillah.... dengan sukacitanya nak share berita gembira, ummi dah selamat melahirkan seorang lagi cahayamata lelaki pada 21 november 2016 yang lalu di hospital tengku ampuan rahimah klang...

Wednesday, November 16, 2016

Peperiksan murid tahun satu

Bw humairah utk jalani peperiksaanvtahun satu di sekolah
Seronok 1st time pkai kasut seolah
Test awal kerana next year ada sistem dual language

Tuesday, November 8, 2016

Resepi stuffed bread untuk majlis di pejabat

Assalammualaikum...

Ingin mencuba resepi sarapan ringkas yang mudah disediakan tapi terlajakk sedap?? 

entry ni dah lama tapi baru teringat nak publish...hehe....
resepi niy ummi jumpa di fb sebenarnya tapi diolah semula ikut suka hati...

Resepi Stuffed Bread for breakfast versi ummi... :)


Bahan untuk roti:

240ml air
1 biji telur
2 sudu teh yis kering
2 sudu besar margerin
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu teh bread softener
500g tepung high protein + tepung gandum

Cara: 
1. masukkan semua bahan mengikut turutan kedalam bread maker... tunggu hingga adunan naik 2 kali ganda.
2. keluarkan dari BM lalu tumbuk doh untuk mengeluarkan angin....kemudian bentukkan bulat-bulat, niy ummi buat 35g masukkan ke dalam paper cup... lalu adunan dibiarkan naik sekali lagi...

ATAU
boleh je guna roti keping / roti sandwich .. 
perlu sekeping untuk setiap paper cup.


Bahan untuk inti:

4 keping chicken meat loaf, potong kecil - boleh juga dipelbagaikan dengan tuna atau daging mengikut citarasa..
4 keping ceddar cheese - terpulang,klu nak guna mozarella pon sedap..
3 biji telur
1 cawan susu segar
sebiji tomato dipotong dadu
Daun bawang & daun sup
Sedikit lada hitam & garam

- campur semua bahan kecuali meat loaf dan cheese... 
kacau hingga sebati...macam nak buat telur dadar


Cara masak roti ni....

Seterusnya, setelah adunan doh tadi naik sekali ganda, ummi gunting bentuk X pada bahagian tengah roti, letakkan sekeping meatloaf, tuang adunan telur dan kemudian letak sedikit cheese di bahagian atas roti tadi..

masukkan dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C.. yang ni ikut kepanasan oven masing2...
masak roti kita selama 25 hingga 30 minit... atau hingga elok masak...

atau,
 susun je dalam magic pan / pemanggang ajaib...tapi, pandai2 jaga api tau...

Yang paling seronok, ialah roti ni, ummi buat lewat malam... jadi sesuai diangkat terus untuk jamuan keesokkan harinya... tak sempat dah nak bersiap awal pagi... :)