Monday, September 26, 2016

Dapur mainan anak

Assalammualaikum,

Gara-gara tertengok gambar-gambar kreatif + rajin ibu bapa membikin sendiri / DIY dapur mainan anak, ummi pun simpan lah cita-cita nak buat jugak...hehe

satu hari tu, kebertulan pulak kipas berdiri yang kat rumah tu patah bilah nya...so, ummi ikut la lawatan abi ke kedai alat elektrik...n terrrjumpa pulak kotak2 barang elektrik kosong kat luat kedai tu, panggil lah tokei kedai tu, bg tau nak mintak sikit kotak elektrik tu, hehe...ambik lah katanya... yeeehaaa...

abi dah geleng,, apa lagi la nak semakkan rumah niy :)

Kenapa ummi seronok sangat dapat kotak barang elektrik niy?? sebab kotak barang letrik lebih keras dan berketahanan tinggi nak guna semula by anak-anak...

tutorial, ummi tak sempat nak ambik, so, niy lah hasil projek 4hari 3 malam ummi...yang akhirnya disiapkan oleh abi yang kreatif  tlg touch up pintu kabinet dapur tuh...hehe... :)



hasil men DIY dapur mainan untuk anak- anak gadis kuu..









niy hasil tak beringat masa beli wrapping paper, lupa nak ukur betul-betul...



haa...canggih dak tukang plumbing siapkan singki...hehe... 


Costing :
Kotak free
Pembalut hadiah : Kedai Mr DIY, rm0.80 x 5 helai = RM4
mainan sedia ada
Stapler dan cellotape sedia ada
Loyang kek untuk singki = RM4.80

hehe..saving, total tak sampai RM10 , anak-anak main dah lebih 6 bulan... :)

n anak-anak sangat suka sbb mmg adjust untuk saiz depa, masa buat pon depa dok tolong-tolong skali... time photo shoot jerrr semua maluuuu...haha...



Projek menjahit dengan mesin jahit mini

Assalammualaikum..

Dah lama beli mesin jahit mini niy, selepas seorang officemate bercerita tentang pengalamannya menggunakan mesin jahit mini  ni untuk menjahit langsir...

bukan apa, mesin jahit portable ummi dah bertahun rosak, tatau nak hantar betulkan di mana...

lagi pun dah lama memendam rasa nak menjahit semula...tp tak sempat lagi nak kumpul duit beli mesin jahit baru...haha...

so, beli lah mesin jahit mini ni...


Banyak jual kat Facebook
- mudah digunakan
- ringan
- portable
- boleh guna pedal kaki
- dengan motor elektrik...


dengan sedikit tutorial kat youtube serta cedok idea-idea dari pinterest atau mana-mana blog jahitan, inshaAllah, sesiapa sahaja boleh menjahit dengan mesin niy...kena sabar sikit sebelum jadi mahir n jangan putus asa je.. ok :)

Klu ada sesiapa yang nak kirim beli dengan ummi pon boleh, inshaAllah ummi cuba bantu dapatkan harga terendah untuk yang berminat..

hehe.. ramai gak yang terjebak membeli n ber DIY kat opis nih....sama-sama berprojek di rumah ok :)

Nak tuam bayi dengan apa?

Assalammualaikum,

Kenapa kena tuan perut bayi? perlukah? susah? remeh...
Menurut kepercayaan, perut bayi perlu dituam bagi mengelakkan angin pasang atau kembung...

Tapi pada ummi, selain dari sebab diatas, ummi suka perut bayi dituam kerana bayi nampak selesa dan hangat selepas mandi :)

Nak tuam dengan apa kalau terlupa nak sediakan tungku untuk bayi?

Ibu-ibu ada pilihan-pilihan berikut untuk tuam atau tungkukan perut bayi :)

1. ambik perca kain dan isi dengan lada hitam, bunjutkan, ikat dengan tali/riben
2. kalau takde jugak lada hitam, boleh lah guna hujung tuala sahaja, macam tuam kepala anak yang benjol gitu...hehe

3. ada jugak sesetengah orang yang tuam perut anak guna daun sireh yang dilayurkan atas api...

kesimpulannya, tuam, tungku jangan tak tungku....masa dalam pantang lah ibu banyak masa untuk membelai bayi anada...jangan lepaskan peluang untuk belai dan tumpukan perhatian pada mereka sebelum mula bekerja kembali ok :)

Selamat berpantang

seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**


hasil tungku bayi menggunakan perca kain cotton dari baju lama kakak..

Diikat menggunakan riben ape2 yang ada ..saya ikat longgar2 je supaya mudah dibuka semula ( nanti nak masukkan tali pusat yang dah tanggal


antara isi kandungan tungku bayi yang ummi DIY malam ni...

1. Jintan Hitam
2. Halba
3. Habbatus Sauda

Thursday, September 22, 2016

Persediaan ummi ke hospital

Assalammualaikum, 

Ni nak cerita persediaan ummi ke hospital, assebab cik misi dah ingatkn ummi dah masuk 7bln, beg dah boleh standby dlm kete ea....hehe...

Walaupun masuk kali ke lima mengemas beg ke spital, mmg dok ingat2 lupa jerr...

Cara terbaik ialah dengan membuat checklist barang2 keperluan...mcm kat bawah ni..

Niy list nak ddk hospital gomen n keperluan setiap hospital mungkin berbeza, so boleh kutip buat guidline utk ibu-ibu hamil yg bakal melahirkan :)


Seelok-eloknya persediaan membeli barangan keperluan ibu dan bayi dibuat dari kandungan mencapai usia 4 bulan ke atas dan...sebelum 7 bulan, kerana menjelang usia kandungan 7 bulan, perut akan makin berat dan sarat... sesetengah orang akan mengalami masalah sakit pinggang yang teruk serta bengkak-bengkak kaki....klu terpaksa jugak, shopping online je lah yang paling mudah...