Monday, September 26, 2016

Nak tuam bayi dengan apa?

Assalammualaikum,

Kenapa kena tuan perut bayi? perlukah? susah? remeh...
Menurut kepercayaan, perut bayi perlu dituam bagi mengelakkan angin pasang atau kembung...

Tapi pada ummi, selain dari sebab diatas, ummi suka perut bayi dituam kerana bayi nampak selesa dan hangat selepas mandi :)

Nak tuam dengan apa kalau terlupa nak sediakan tungku untuk bayi?

Ibu-ibu ada pilihan-pilihan berikut untuk tuam atau tungkukan perut bayi :)

1. ambik perca kain dan isi dengan lada hitam, bunjutkan, ikat dengan tali/riben
2. kalau takde jugak lada hitam, boleh lah guna hujung tuala sahaja, macam tuam kepala anak yang benjol gitu...hehe

3. ada jugak sesetengah orang yang tuam perut anak guna daun sireh yang dilayurkan atas api...

kesimpulannya, tuam, tungku jangan tak tungku....masa dalam pantang lah ibu banyak masa untuk membelai bayi anada...jangan lepaskan peluang untuk belai dan tumpukan perhatian pada mereka sebelum mula bekerja kembali ok :)

Selamat berpantang

seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**


hasil tungku bayi menggunakan perca kain cotton dari baju lama kakak..

Diikat menggunakan riben ape2 yang ada ..saya ikat longgar2 je supaya mudah dibuka semula ( nanti nak masukkan tali pusat yang dah tanggal


antara isi kandungan tungku bayi yang ummi DIY malam ni...

1. Jintan Hitam
2. Halba
3. Habbatus Sauda

No comments:

Post a Comment