Tuesday, November 11, 2014

5 cara tangani masalah anak cerewet memilih makanan

Salam,

Adakah anak anda seorang yang cerewet dalam memilih makanan? sudah diberikan pelbagai makanan berkhasiat tetapi makanan segera juga yang mendapat tempat dimata & mulutnya??

Adakah ayam goreng yang diminatinya (tiap2 hari mesti ada) dapat membekalkan semua khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran secara optimum?




Atau mampukah nuget yang diminta setiap  pagi dan petang itu dapat menggantikan serat yang diperlukan oleh perut untuk proses penghadaman?


Kanak-kanak memerlukan khasiat pemakanan yang seimbang dan sihat kerana pada usia ini perkembangan otak dan tumbesaran mereka adalah amat pesat dan kekurangan mana-mana khasiat dari gizi pemakanan memberikan kesan terhadap pertumbuhan mereka..






Situasi 1: Anak tidak mahu makan / makan sedikit sahaja

Cara atasi: Hormati perasaan anak kerana mungkin dia benar-benar masih belum lapar, kan sunnah makan apabila lapar...Apabila tiba masa makan, hidang makanan dalam jumlah yang kecil, memadai sekadar untuk perut comelnya itu, beri peluang untuk dia meminta sendiri hidangan tambahan dan puji seleranya pada hari itu. Juga jangan paksa dia melakukan kerja kerana telah makan. sebaliknya boleh minta dia mengangkat / membersihkan pinggannya kerana dia memang rajin. :)


Situasi 2: anak menolak sesetengah jenis makanan yang dihidangkan oleh ibu - kadang-kadang anak bersikap memlih sebenarnya adalah lebih kerana ingin menunjukkan bahawa mereka juga ada pendapat mereka sendiri..terutamanya jika mereka jenis yang suka berdikari..

Cara atasi: Sesekali anda boleh membiarkan mereka memilih sendiri menu mereka; dengan menyediakan 2 atau 3 pilihan makanan sihat yang selalunya mereka akan tolak. atau anda boleh libatkan mereka dalam proses penyediaan makanan cthnya meminta mereka menyiang sayur berdaun (tanpa pisau) untuk dimasak. (selalunya mereka akan mengalah apabila dihidangkan makanan yang telah mereka 'masak' bersama)


Situasi 3: Anak hanya minat makan snek rapu atau makanan ringan sahaja.

Cara atasi: sekiranya berkesempatan, ibu boleh membuat sendiri snek2 tersebut dirumah, contonya membuat bergedil bagi menggantikan nuget segera, menggoreng wedges dengan menggunakan kentang segar atau membakar pizza menggunakan roti nan dan kiub ayam segar...
Jika mempunyai masalah kekangan masa, ibu juga boleh membeli makanan produk IKS yang selalunya mengandungi kurang pengawet berbanding makanan dalam tin dan makanan yang disediakan sendiri menggunakan minyak goreng yang baru berbanding di restoran yang menggunakan minyak goreng berulang kali -kolestrol tinggi!


Situasi 4: anak hanya mahu menu yang sama setiap hari.

Cara atasi: tidak putus asa dan bersabar dalam memperkenalkan makanan baru. Contohnya anak hanya suka makan ayam dan tidak mahu menyentuh ikan lansung. Ibu boleh cuba perkenalkan ikan goreng pada hari pertama dan minta dia merasa secubit. tak mengapa jika dia meluahkn semula, pujilah dia kerana telah mencuba. dan kemudian barulah memberinya sepotong ayam atas usahanya itu.. Hari kedua, ibu boleh meneruskan usaha dengan menyediakan ikan masak kicap pula...juga guna teknik yang sama spt hari 1 namun tambah kuantitinya menjadi 2 cubit ikan  dan lihat cara dia menerimanya. ulang dengan menu ikan yang berbeza pd setiap hari dan kenal pasti yang mana lebih digemarinya dan mungkin pada hari ke lima atau enam ibu dan boleh berhenti masakkan ayam goreng...


Situasi 5: anti warna hijau!!

cara atasi: ibu boleh mempelbagaikan jenis sayur-sayuran yang dihidangkan... seperti lobak, tomato atau timun tanpa kulit ;) trick dengan sedikit imaginasi, atau mungkin potong dengan cara yang sedikit berbeza/ sudu /mangkuk yang lebih comel..Kekalkan mood ceria dan sihat...


Bagaimana jika anak masih tidak berselera makan? Boleh juga tambahkan Meal Shakes,  nutrisi formulasi hebat Shaklee bagi memastikan anak kembali berselera dan mendapat bekalan nutrisi secukupnya agar mereka tetap sihat dan bijak .. disamping teruskan memujuk dan mendidik... :)



Walau bagaimanapun caranya, pujuk dan didik anak untuk memilih makanan yang sihat adalah satu keperluan dan ilmu yang perlu disampaikan dan diterapkan sedari kecil... amalan pemakanan sihat merupakan satu usaha dalam penjagaan kesihatan anak..justeru usaha lah sehabis daya, dan kemudian bertawakallah padaNya... semoga anak-anak kita terpelihara, Inshallah...


seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**










No comments:

Post a Comment