Friday, November 21, 2014

7 Teknik Mudah Galak Penghasilan Susu Ibu

Salam,
 
Kali ni nak share tip-tip yang saya amalkan untuk tambah susu badan...especially klu ibu dah mula datang bulan..or dah start bekerja...

 
1. Amalkan pam susu secara berjadual.
Ini supaya semasa let down berlaku, ibu telah mula mengepam maka dapat mengumpul susu secara optimum. Jika ibu hanya mengepam apabila terasa penuh dan keras, penghasilan susu boleh merudum. 

2. Tendem pumping.
sama ada bersama bayi atau pump tambahan. agar susu yang terhasil semasa let down dapat terkumpul dari kedua-dua botol susu. let down akan berlaku secara serentak...jika semasa menyusukan bayi dan sedang tidak mengepam, cuba perhatikan susu yang keluar serentak dengan yang sedang dihisap oleh bayi, tadah dengan botol susu dan ibu pasti terkejut dengan jumlah nya yang banyak.. :)

3. Power pumping
terdapat pelbagai versi power pumping yang saya jumpa di internet, namun yang saya amalkan ialah pump 10 min, rest 10 min dan pump kembali.
Hasil: sekali pump dapat 2-3oz, sebab repeat power pumping 4kali, dapat lah 2.5oz x 4 kali pump.. jadi hasil akhir ialah sebanyak 10 oz... minum banyak air sebelum dan semasa power pumping. Waktu paling istimewa dengan hasil optimum ialah ketika awal pagi.

4. Teknik Marmet
Setelah selesai sesi pam menggunakan pum elektrik, gunakan teknik marmet bagi memastikan miss B benar-benar kosong kerana susu akan dihasilkan melebihi permintaan jika tidak benar-benar kosong, penghasilan seterusnya akan merudum kerana seolah2 susu dari sesi sebelumnya tidak habis...boleh tgk di youtube untuk teknik yang betul

5. No stress & positive mind
mana ada orang yang tak der masalah kan...let it go, atleast masa nak pump atau menyusukan anak... amalkan B Complex Shaklee supaya lebih bertenaga dan xterasa sangat berat masalah yang lain-lain tue...
Belajar bersyukur pada hal-hal yang kecil juga mampu meredakan stress
contohnya; syukur dapat pum walaupun 2 oz je hasil daripada anak terpaksa minum susu formula,

6. Xtra water.
 Minum air at least 3L sehari. Ini dapat elakkan ibu mengalami dehidrasi dan seterusnya melancarkan penghasilan susu ibu. Minuman berasaskan tenusu lazimnya menggalakkan penghasilan susu ibu kerana ia tinggi protein,dan membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan untuk bertenang dan menyusukan bayi..
Favourite sebelum menyusukan ialah ESP + Jus Kurma suam2 kuku gitu.... 
 
7. Pastikan ibu sihat.
Ketika badan tidak sihat, didapati penghasilan susu juga boleh merudum. Mengamalkan Set Penyusuan Shaklee bukan sahaja berjaya memberikan badan yang lebih sihat dan cergas, ia juga membantu ibu bertenaga untuk menjaga bayi tersayang ..
 
 
dan Yang paling penting, teruskan berdoa dimurahkan dan dipermudahkan rezeki susu ibu untuk anak...keep in mind, Hasil sikit tak bermakna tidak mencukupi.. 



 

seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**






No comments:

Post a Comment