Wednesday, November 19, 2014

Tips kulit cantik sihat secara semulajadi

Salam,

Seiring peningkatan usia, kulit akan mula merosot dan menampakkan kesan-kesan penuaan serta jeragat dan garis-garis halus. keadaan ini berlaku kerana penghasilan kolagen akan mula berkurangan. 

dengan adanya perkembangan pesat bidang kosmetik, terhasilah pelbagai produk yang bukan sahaja dapat menutup cela-cela pada wajah, malah ada juga yang dapat memudahkan terus garis-garis halus atau kesan kawah jerawat pada kulit...

Namun, ianya hanya sementara malah terdapat juga ketidak sesuaian kulit terhadap produk-produk tersebut yang memburukkan lagi keadaan kulit sedia ada.


bagi mengatasinya, produk-produk penjagaan kulit yang natural, lebih selamat tanpa kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan menjadi pilihan lebih bijak.

bagi mendapatkan kulit yang nyata lebih sihat dan cantik memerlukan tiga elemen penjagaan yang menyeluruh dan pastinya memerlukan komitmen serta kesungguhan seseorang itu sendiri.

Bermula dengan rutin penjagaan kulit yang asas hingga yang paling mewah, diikuti dengan senaman secara berkala dan akhir sekali pemakanan sihat yang berkhasiat untuk kecantikan kulit, pastinya keremajaan dan kesihatan kulit dapat bertahan dengan lebih lama dan anda akan kelihatan lebih muda dari usia... inshaallah...

Tips kulit cantik sihat dari dalam secara semulajadi

1. Senaman Kardio -  Bersenam secara konsisten setiap hari dapat menambah kecantikan kulit secara semuladi kerana bersenam akan membantu peredaran darah menjadi lebih lancar. Senaman kardio seperti berjalan, berenang, menari, aerobic dapat memberi kesan ini. Senaman kardio yang ringkas seperti berjalan boleh dilakukan seawal pagi seperti berjalan kesurau untuk solat subuh berjemaah atau mungkin di sekitar halaman rumah sewaktu menyiram bunga.

Sibuk bekerja? cuba amalkan berjalan ke pejabat dengan meletak kenderaan agak jauh dari pejabat. :)  ~ amalkan, dan dapatkan bonus penurunan berat badan serta jadi lebih sihat.

2.  Pemakan sihat tinggi nutrisi - Vitamin A, B, C, E serta protein, zinc, antioksidan dan karbohidrat antara nutrisi yang diperlukan oleh tubuh melancarkan peredaran darah. Ia menggalakkan kulit yang sihat serta mengelakkan kesan-kesan penuaan pra matang dari terjadi. 

Ini boleh diserap melalui pemakan seimbang dengan menambil lebih sayur-sayuran hijau, ikan, kacang, jus buah-buahan segar, telur, susu, yogurt dan pelbagai makanan kesihatan.


Akhirnya, rutin penjagaan kulit. Adalah sangat penting untuk mengamalkan rutin penjagaan kulit bagi mendapatkan kesan yang optimum dalam mengekalkan keremajaan kulit.

Dari rutin asas harian seperti mencuci muka, menyapu penyegar dan pelembab hinggalah melakukan facial treatment mingguan seperti scrub dan penggelupasan serta memanjakannya dengan mask muka untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalannya..

-mencuci muka menggunakan pencuci muka yang lembut, semulajadi serta sesuai dengan jenis kulit setiap pagi dan petang.
-scrub muka untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang ada, agar dapat menghasilkan sel-sel baru yang lebih muda dan segar dan menjamin keanjalan kulit. seeloknya dilakukan dua kali seminggu. scrub lembut hingga leher dan kemudian cuci dengan air suam, dan akhir sekali bilas dengan air paip yang sejuk... dan biarkan ia kering seketika...Ini dapat meningkatkan effect kulit glowing2.. gituu... :)
-Toner/ penyegar : Sapu menggunakan kapas lembut dan biarkan ia meresap kedalam kulit. 
-pelembab: asas yang paling penting dalam penjagaan kulit wajah. kerana kulit kering akan menampakkan garis-garis halus..Pilih pelembap muka yang mengandungi vitamin E serta mudah diserap , dan memiliki SPF (antara 15-30) adalah sangat baik...


dan Akhir sekali , kulit memerlukan pelembab dari dalam untuk kekal lembap anjal dan segar dari luaran. Minum air mencukupi antara 2.5-3liter sehari dapat membantu mengekalkan keremajaan kulit..serta memperbaiki kesihatan anda secara keseluruhan :) 



seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**







No comments:

Post a Comment