Tuesday, December 23, 2014

Hilangkan Kembung Perut Bayi

Salam


Dikesempatan ini nak bagi tips hilangkan kembung perut bayi pulak...

Masalah kembung perut pada bayi amat kerap berlaku dan sering menyebabkan ibu bapa terutamanya yang baru anak 1st, merasa risau dan susah hati..iyalah, kadang-kadang anak boleh menagis hingga hilang suara teresak-resak kerana tidak selesa akibat kembung perut.




Macam mana nak kesan masalah kembung perut pada bayi?

Selalunya bayi yang kembung perut akan menangis, dan tidak mahu diletakkan...atau dibaringkan...

Cuba tekan sedikit di bahagian perut, memang terasa kembungnya...Tidur bayi tak lena, kadang-kadang ada juga bayi yang merah padam mukanya akibat menahan sakit perut...tak kurang juga yang terkentut-kentut tetapi masih mengalami ketidakselesaan..


Berikut adalah antara kaedah untuk hilangkan kembung perut bayi :

1. Tuam dan urut lembut perut bayi dengan minyak khas untuk bayi, terutamanya di bahagian ari2....jangan guna minyak panas biasa sebab kulit bayi adalah sangat lembut takut sakit lain pulak nanti..


2. Ambil daun kunyit, layurkan atas api dan letak di ari-ari bayi. InshaAllah bayi akan sihat dari kembung. 

3. Jangan lupa sendawakan bayi selepas setiap sesi penyusuan.

4. Bagi bayi yang menyusu badan, apa yang ibu makan itulah yang hasilkan susu untuk anak.

Oleh itu ibu perlu menjaga pemakanan agar tidak makan atau minum minuman yang berunsurkan angin atau sejuk... 

Bagi bayi yang kerap kembung, ibu boleh ambil 2 biji Peppermint Ginger Shaklee bersama air suam sebelum menyusukan bayi  sebagai langkah pencegahan, ...InshaAllah membantu.



Wassalam..  



seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**

No comments:

Post a Comment