Friday, November 4, 2016

Cerita ke Tadom Hills

Assalammualaikum....

la niy nak cerita pengalaman sendiri berjalan ke Tadom Hills....iye lah, dari mula dok dengar cerita kat Fb n encik hubby tapi tak pernah dapat g , alang2 hari minggu tuh my beloved pilot dok rajin nak ajak melawat ke Tadom Hills, apa lagi...laju je laa....

Perjalanan ke Tadom Hills hanya kira-kira 20 minit dari KLiA,
boleh semak kat google maps atau waze, lokasi nya memang kat tepi jalan utama tapi klu dah dekat, sila lah perlahan kan kereta anda sbb simpang masuk ke Tadom Hills kurang jelas dari jalan utama tuh....boleh terlepas lah kira nya..so,  jangan sampai terlepas simpang :)

Daftar masuk dan membeli tiket

Kena beratur untuk tulis nama serta no ic setiap ahli rombongan, so, klu dapat prepare awal2 nama penuh / no ic mungkin dapat cepatkan sikit proses check in kat resort ni...masa niy boleh bagi tau la klu plan nak bermalam di sini...kot2 nak merasa tidur dalam tent atau pondok2 bamboo...
anda akan diberi stiker gelang tangan selepas mendaftar masuk

Selain itu, ada jugak pass masuk harian / pass masuk pelawat, bagi pelawat yang bertujuan masuk ke sini untuk menjamu selera di cafe Tadom Hills, sempat merasa nasi buluh kat cinie.. memang rare...sedap n unik... :)

Apa ada di Tadom Hills?

ianya lebih kepada pusat rekreasi untuk golongan belia, kerana aktiviti yang boleh dilakukan di sini sangat sesuai untuk belia yang energetic...hehe... boleh buat apa??
- main air...serius air ny memang sangat-sangat jernih....aktiviti air seperti water confident, berakit guna rakit buluh yang disediakan, boleh juga merasa terjun dari tebing tinggi di pinggir kolam...malah semasa ummi berkunjung ke sini, nampak ada tanda kerja-kerja penambahan aktiviti yang bakal disediakan untuk pengunjung...
n life jacket diwajibkan untuk semua aktiviti air disini...
- camping atau boleh memilih untuk overnight secara berkumpulan atau persendirian di pondok / khemah yang disediakan... yang ni boleh daftar masa beli tiket..
- aktiviti family day
- volley ball court



so, kalau ada yang bercadang nak ketadom hills resort ni, boleh dapat lebih info terkini melalui web site Tadom Hills Resort 

jadi, ummi kongsi serba sedikit gambar kami masa g tour ke Tadom Hills niy... enjoyy... :)






Seronok nyee klu dapat join aktiviti cam gini kan..




















Berlatar belakang bukit tadom... eh, ye 
ke??














Tent/ khemah  untuk penginapan yang disediakan memang nampak selesa n nyaman jerr....duduk bawah pokok sawit la kata kan.... Ummi diberitahu, pakar-pakar yang membuat kerja-kerja perkayuan disini di import khas dari Bali bagi mendapatkan hasil kerja yang berkualiti tinggi









Hokeh...my models berposing lagi....
depa mintak mandi, ummi x bagi sbb semua mmg tak prepared untuk bermandi manda...lagi pun, ummi tak larat naa....

No comments:

Post a Comment