Thursday, January 21, 2016

Promosi Diaper Bag






amboiii....
cantik diaper set diaper bag niy kan....untuk sesiapa yang minat nak dapatkan beg niy, sementara tgh promosi, RM55 sahaja untuk set beg lawa niy....set lengkap yang efektif baik pun untuk travelling atau juga ke taska / rumah pengasuh...

Dengan pilihan warna yang memang marbelesss....mmg rugi klu x grab..  
So, klu nak order sementara stok masih ada, boleh wasap ummi @ 0166251312 ok...


PURPLE:



BLACK:


 LIGHT BLUE:



BROWN:

BLUE:

Wednesday, January 13, 2016

Merancang Hari Jadi Anak - Tema Sofia The First

Merancang Hari Jadi Safiyyah Humairah

Sepanjang tahun lepas memang tak berkesempatan nak buat sambutan hari jadi anak-anak...ada pun cuma potong kek n bawa g taska @ potong kat rumah opah...

Memandangkan hari jadi kak Chik jatuh pada Disember - cuti sekolah- memang ada terlintas nak buat...
Jadi seminggu dari tarikh nak buat majlis tu, dah plan sikit2 la....

dok tanya dia nk wat tema apa.... jawapan default budak-budak...Frozen....
ala....thn lepas dah buat tema frozen... laju je si kakak nk ingat kan...

so, mereka wat keputusan utk request tema Sofia The First...

Merancang
Benda pun belom jadi, jadi kita merancang lah dulu...cuma sebelum merancang tu, bincang n mintak approval cik hubby lah dulu...mujur dia bg green light, dapat lah nak tunaikan hajat kakak kechik..
Majlis kecik jer, so antara benda yang highligt utk buat ialah:
1. Jemputan
2. Menu
3. Decoration
4. Doorgift
5.Aktiviti untuk budak-budak  - supaya mereka seronok n tak bosan

Memandangkan area Banting niy susah sikit nk cari peralatan utk wat deco2 birthday party tema tuh, lagi pun ummi tak sempat nk seurvey banyak tempat sebab tak ambik cuti  dok survey2 la secara online...ape yg boleh DIY..

Short listed:-
1. Wall deco untuk photo booth... ( saje suka-suka nak wat ambik gambar)
2. Kad Jemputan.. ( mudah nya invite melalui whatsapp)
3. Kek  _ niy nak mintak tolong kat opah utk deco
4. Goodies bag  - dok survey semua stationary yang dekat tak der pulak yang ada jual pembalut hadiah gambar sofia the first, sudah nya guna beg plastic color purple jer..

Nak ikut tema la kata kan, semua in purple n pink

Memula ingat nak order printing banner tapi rasa cam kurang ekonomi...jadi survey2 banyak-anyak web site n blog, antaranya ialah :

seshalynspartyideas.com/


Kat link niy ada gak games tema sofia the first, nampak agak menarik gak, klu nak guna tab, boleh budak2 main...

http://disneyjunior.disney.my/sofia-the-first

tapi sebab we all memang tak der gadjet tuh  dah rosak 2x  ummi decide untuk mintak abi tolong pasang CD kartun Sofia the first... seronok lah jugak, dah macam panggung wayang sebab kami guna projektor :)


Nanti sambung dengan gambar birthday pulak ...la niy handphone ummi rosak, tak dapat nak upload lagi...

Tuesday, March 17, 2015

teknik pekatkan susu badan

Assalam..

Hadapi masalah susu badan yang kelihatan cair? Nak cuba pekatkan susu bafan supaya anak puas menyusu, bertambah berat badan dan tidak meragam??

Mudah sahaja!!
Hanya amalkan pengambilan ESP, inshaAllah susu badan akan bertambah pekat dan meriah...

-tanpa strechmark
-kulit ibu n baby cantik dan gebusss..

Ramai dah cuba!!

Jangan tunggu lama-lama...

Sms/ wA sy sekarang utk hadiah menarik khas utk ibu-ibu yang ingin kulit cantik, tegang dan berat yang ideal walaupun menyusukan.. :)


Tuesday, February 24, 2015

8 tanda awal kekurangan kalsium.

Salam sejahtera ;)

Kalsium merupakan antara keperluan nutrient badan yang paling penting. Ia bukan sahaja bertujuan memastikan tumbesaran dan kesihatan tulang dan gigi, malah ia juga memastikan hati, otot dan sistem saraf berfungsi dengan lancar...Cukupkah pengambilan kalsium harian kita?? Tangani 8 tanda awal kekurangan kalsium dengan mengenali punca dan penyebabnya.

Pengambilan kalsium badan akan diserap ke dalam tulang dengan bantuan vitamin D. Seterusnya ia akan bergabung dengan fosforus dan memberi struktur yang teguh dan kuat kepada tulang. Proses ini berlaku dengan pesat sekitar usia 10 hingga 20 tahun...dan menginjak usia 30 tahun ia akan mula merudum...  malah selepas usia 30 tahun, ia akan mula terganggu...


Pada usia 30-an, kalsium mula diserap dari tulang untuk mengimbangi keperluannya dalam sistem saraf dan kardiovaskular yang lebih penting...Hasilnya?? Kekurangan kalsium akan berlaku dan kekuatan tulang akan semakin lemah...Melainkan kita mula dengan mengambil hidangan kalsium yang lebih banyak...tetapi, berhasil kah??

8 tanda awal kekurangan kalsium.
Sebagai seorang wanita yang melalui fasa hamil, melahirkan dan menyusukan, wajar untuk kita peka dan maklum terhadap 8 tanda kekurangan kalsium berikut;
1. Sakit di bahagian sendi dan tulang mudah mengalami keretakan.
2. Ekzema
3. Heart Palpitations ( jantung berdegup kencang atau tidak normal)
4. Hipertension
5. Kuku rapuh
6. Insomnia
7. Kejang otot
8. Kebas di bahagian tangan atau kaki
Kekurangan kalsium yang dibiarkan berlarutan pula boleh mengakibatkan masalah osteoporosis, iaitu penyakit kerapuhan tulang. Semakin umur meningkat, semakin banyak kalsium yang diperlukan oleh badan...dos kalsium yang diperlukan adalah spt berikut;



Antara sumber-sumber makanan yang tinggi kalsium adalah :
     - yogurt, plain : 8oz=415mg
     - cheddar cheese, shredded, 1.5oz = 306 mg
     - jus oren dengan kalsium , 8oz = 200-260 mg



Golongan Berisiko Tinggi Kekurangan Kalsium.
Golongan pertama yang mempunyai risiko tinggi mengalami masalah kekurangan kalsium adalah REMAJA. menurut pakar, golongan dewasa muda atau remaja ini kerana pada peringkat ini, disebalik keperluan yang tinggi oleh badan dan tulang yang membesar terhadap kalsium, remaja mula meninggalkan pengambilan makanan berkalsium tinggi sebaliknya memilih makanan rapu seperti minuman berkarbonat. Selalunya, keperluan harian tubuh terhadap kalsium lansung tidak dapat dipenuhi, mengakibatkan tulang yang sedang membesar menjadi rapuh serta tidak kuat.


Manakala golongan kedua yang turut berdepan masalah ini ialah wanita yang hampir atau telah mengalami menopause. Dalam kajian yang dijalankan, didapati wanita dewasa hanya mengambil sehingga separuh dari keperluan kalsium harian yang diperlukan oleh badan. Selepas proses menopause, paras hormon estrogen yang rendah tidak mampu lagi melindungi kekurangan kalsium oleh tulang. Tambahan pula, secara semulajadi, jisim tulang wanita adalah kurang tumpat daripada lelaki, paras estrogen yang rendah mengakibatkan wanita lebih terdedah kepada osteoporosis.

Seterusnya adalah golongan vegetarian atau yang mengamalkan pengambilan sesetengan jenis makanan tertentu sahaja. .. malah individu yang mengalami masalah alahan laktosa juga mengalami masalah yang sama seperti ini. 

Dan yang terakhir adalah golongan individu yang merokok kerana karsinogen dalam rokok menghalang penyerapan kalsium oleh badan. Kebanyakkan perokok akhirnya akan mengalami masalah kurang ketumpatan tulang pada usia emas mereka.

Tambahkan Kalsium dalam Diet harian anda

Terdapat beberapa cara untuk mencukupkan pengambilan kalsium harian anda, antaranya ialah dengan menambh pengambilan vitamin D melalui pemakanan lebih sumber vitamin D, supplement atau terus dari matahari. lebih banyak Vitamin D dapat diambil maka lebih banyak kalsium dapat diserap oleh salur darah dan tulang.

Ambil supplement yang mengandungi vitamin D dan Kalsium pada waktu yang sesuai, sebaiknya sebelum waktu tidur kerana jika diambil bersama makanan , kadar penyerapannya akan terganggu.

Kurangkan pengambilan kafein, alkohol serta garam...pengambilan garam/ kafein/ alkohol akan mengakibatkan buah pinggang menyingkirkan kalsium berbanding menyimpannya untuk tubuh...


seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**


Wednesday, January 7, 2015

Tips elak demam kuning.

Salam...

Hariniy nak share sedikit tips elak demam kuning / jaundis...Tips ini pernah diamalkan oleh ibu yang berdarah O (anak mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk kena demam kuning) dan Alhamdulillah anaknya memang Jaundice free



Pertama sekali, serahkan pada Allah dengan berusaha dan banyakkan berdoa. Antara usaha yang dilakukan untuk mengurangkan potensi demam kuning;

Ketika mengandung

-Amalkan kurma. Habbatusauda. Susu kambing. Delima. Barli. Minyak zaitun. Kalau boleh ambil yang cecair. Ambil berasingan.
Pada minggu2 terakhir dan hampir bersalin
-Banyakkan minum air kelapa, jus oren original. Minyak kelapa dara (cecair). 
Nak anak lebat rambut banyak2 minum air kelapa. Hehe...
Semasa proses nak bersalin dan sejurus selepas bersalin.
-Makan kurma. Lagi banyak lagi bagus.
-Paling penting "TAHNIK". Ambil sikit kurma yang kita makan, yang dah kita kunyah lumat dan oleskan pada mulut bayi. Lakukan sekali atau 3 kali. Insyaallah. Kurma akan bantu support imun bayi selain susu ibu.
-Tak perlu tunggu orang lain dulu nak tahnik bayi kita. Ketika dalam labor room saya tahnik baby dengan kurma.
-Pastikan kurma original. Mahal sikit takpe. Yang penting takde salut gula. Kadangkala banyak kurma di pasaran ada disalut gula.
-Ibu org pertama yang pegang dan belai bayi. Doa ibu mustajab.

Semoga setiap usaha yang diiringi doa dan tawakal akan membawa hasil yang baik..InshaAllah....Selamat mencuba! Sharing is caring