Saturday, March 18, 2017

Aktiviti cuti sekolah

Assalammualaikum...

Cuti sekolah bakal bermula, sedikit cabaran lebih sejak ber anak 5, seminggu ketiadaan pengasuh...

Ummi tak dapat bercuti sepanjang 5 hari,  tp tetap tak mahu anak2 ketinggalan menikmati cuti sekolah kali ini...

Memilih untuk menyediakan sendiri buku aktiviti + jurnal utk anak2 isi dengan aktiviti cuti sekolah dari perspektif mereka...semoga dpt beri sediki idea dan kebaikan utk semua :)

Friday, December 16, 2016

Gangguan bekalan air sekitar selangor pada 19 Disember 2016 hingga 24 disember 2016

Gangguan bekalan air berjadual katanya...
Jadi, kawan2 yg terlibat boleh ready tong2 air... jgn terlepas info pulak....

Loji Rawatan Air Henti Tugas Untuk Kerja Penyenggaraan Bekalan Elektrik oleh TNB

SIARAN MEDIA

15 DISEMBER 2016

TNB akan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan bekalan elektrik di Pencawang Bukit Badong bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam pada 19 Disember 2016. Oleh itu, loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 akan henti tugas pada tempoh ini.

 

Beberapa kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara semasa dan selepas kerja-kerja penyenggaraan bekalan elektrik oleh TNB.

 

Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 19 Disember 2016. Demi memastikan bekalan air diagihkan dengan lebih efisien setelah loji beroperasi semula, bekalan air akan diagihkan secara berjadual ke kawasan yang terlibat mengikut zon dari 20 sehingga 24 Disember 2016. Sila rujuk lampiran untuk jadual bekalan air mengikut zon.

 

Bagi kawasan di Zon 1, air akan dibekalkan mulai 4:00 petang pada 20 Disember 2016 dan dihentikan mulai 9:00 pagi pada 21 dan 22 Disember 2016. Air akan dibekalkan semula mulai 4:00 petang pada 23 dan 24 Disember 2016.

 

Bagi kawasan di Zon 2, air akan dibekalkan mulai 4:00 petang pada 21 dan 22 Disember 2016 serta dihentikan keesokan harinya mulai 9:00 pagi pada 23 dan 24 Disember 2016.

 

Bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air ke zon yang masih mengalami gangguan bekalan air kerana paras air rendah di kolam takungan air. Pengguna boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip: TANKER <jarak> Nama & Alamat.

 

Sila rujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook “Air Selangor” atau Twitter “air_selangor”  untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai gangguan bekalan ini.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.  

 

Dikeluarkan Oleh,

Amin Lin Abdullah

Ketua Komunikasi Korporat

Kumpulan Ahli Selangor

Untuk maklumat lanjut jadual mengikut kawasan masing2, boleh lah check di website Syabas          
http://www.syabas.com.my/press-release/lampiran-jadual-bekalan-air-mengikut-zon-19---24-disember-2016-petaling-klang-shah-alam-kuala-lumpur-gombak-kuala-langat-hulu-selangor-dan-kuala-selangor

Thursday, December 1, 2016

Im a mother of 5

Alhamdulillah.... dengan sukacitanya nak share berita gembira, ummi dah selamat melahirkan seorang lagi cahayamata lelaki pada 21 november 2016 yang lalu di hospital tengku ampuan rahimah klang...

Wednesday, November 16, 2016

Peperiksan murid tahun satu

Bw humairah utk jalani peperiksaanvtahun satu di sekolah
Seronok 1st time pkai kasut seolah
Test awal kerana next year ada sistem dual language

Tuesday, November 8, 2016

Resepi stuffed bread untuk majlis di pejabat

Assalammualaikum...

Ingin mencuba resepi sarapan ringkas yang mudah disediakan tapi terlajakk sedap?? 

entry ni dah lama tapi baru teringat nak publish...hehe....
resepi niy ummi jumpa di fb sebenarnya tapi diolah semula ikut suka hati...

Resepi Stuffed Bread for breakfast versi ummi... :)


Bahan untuk roti:

240ml air
1 biji telur
2 sudu teh yis kering
2 sudu besar margerin
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu teh bread softener
500g tepung high protein + tepung gandum

Cara: 
1. masukkan semua bahan mengikut turutan kedalam bread maker... tunggu hingga adunan naik 2 kali ganda.
2. keluarkan dari BM lalu tumbuk doh untuk mengeluarkan angin....kemudian bentukkan bulat-bulat, niy ummi buat 35g masukkan ke dalam paper cup... lalu adunan dibiarkan naik sekali lagi...

ATAU
boleh je guna roti keping / roti sandwich .. 
perlu sekeping untuk setiap paper cup.


Bahan untuk inti:

4 keping chicken meat loaf, potong kecil - boleh juga dipelbagaikan dengan tuna atau daging mengikut citarasa..
4 keping ceddar cheese - terpulang,klu nak guna mozarella pon sedap..
3 biji telur
1 cawan susu segar
sebiji tomato dipotong dadu
Daun bawang & daun sup
Sedikit lada hitam & garam

- campur semua bahan kecuali meat loaf dan cheese... 
kacau hingga sebati...macam nak buat telur dadar


Cara masak roti ni....

Seterusnya, setelah adunan doh tadi naik sekali ganda, ummi gunting bentuk X pada bahagian tengah roti, letakkan sekeping meatloaf, tuang adunan telur dan kemudian letak sedikit cheese di bahagian atas roti tadi..

masukkan dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C.. yang ni ikut kepanasan oven masing2...
masak roti kita selama 25 hingga 30 minit... atau hingga elok masak...

atau,
 susun je dalam magic pan / pemanggang ajaib...tapi, pandai2 jaga api tau...

Yang paling seronok, ialah roti ni, ummi buat lewat malam... jadi sesuai diangkat terus untuk jamuan keesokkan harinya... tak sempat dah nak bersiap awal pagi... :) 



Friday, November 4, 2016

Cerita ke Tadom Hills

Assalammualaikum....

la niy nak cerita pengalaman sendiri berjalan ke Tadom Hills....iye lah, dari mula dok dengar cerita kat Fb n encik hubby tapi tak pernah dapat g , alang2 hari minggu tuh my beloved pilot dok rajin nak ajak melawat ke Tadom Hills, apa lagi...laju je laa....

Perjalanan ke Tadom Hills hanya kira-kira 20 minit dari KLiA,
boleh semak kat google maps atau waze, lokasi nya memang kat tepi jalan utama tapi klu dah dekat, sila lah perlahan kan kereta anda sbb simpang masuk ke Tadom Hills kurang jelas dari jalan utama tuh....boleh terlepas lah kira nya..so,  jangan sampai terlepas simpang :)

Daftar masuk dan membeli tiket

Kena beratur untuk tulis nama serta no ic setiap ahli rombongan, so, klu dapat prepare awal2 nama penuh / no ic mungkin dapat cepatkan sikit proses check in kat resort ni...masa niy boleh bagi tau la klu plan nak bermalam di sini...kot2 nak merasa tidur dalam tent atau pondok2 bamboo...
anda akan diberi stiker gelang tangan selepas mendaftar masuk

Selain itu, ada jugak pass masuk harian / pass masuk pelawat, bagi pelawat yang bertujuan masuk ke sini untuk menjamu selera di cafe Tadom Hills, sempat merasa nasi buluh kat cinie.. memang rare...sedap n unik... :)

Apa ada di Tadom Hills?

ianya lebih kepada pusat rekreasi untuk golongan belia, kerana aktiviti yang boleh dilakukan di sini sangat sesuai untuk belia yang energetic...hehe... boleh buat apa??
- main air...serius air ny memang sangat-sangat jernih....aktiviti air seperti water confident, berakit guna rakit buluh yang disediakan, boleh juga merasa terjun dari tebing tinggi di pinggir kolam...malah semasa ummi berkunjung ke sini, nampak ada tanda kerja-kerja penambahan aktiviti yang bakal disediakan untuk pengunjung...
n life jacket diwajibkan untuk semua aktiviti air disini...
- camping atau boleh memilih untuk overnight secara berkumpulan atau persendirian di pondok / khemah yang disediakan... yang ni boleh daftar masa beli tiket..
- aktiviti family day
- volley ball court



so, kalau ada yang bercadang nak ketadom hills resort ni, boleh dapat lebih info terkini melalui web site Tadom Hills Resort 

jadi, ummi kongsi serba sedikit gambar kami masa g tour ke Tadom Hills niy... enjoyy... :)






Seronok nyee klu dapat join aktiviti cam gini kan..




















Berlatar belakang bukit tadom... eh, ye 
ke??














Tent/ khemah  untuk penginapan yang disediakan memang nampak selesa n nyaman jerr....duduk bawah pokok sawit la kata kan.... Ummi diberitahu, pakar-pakar yang membuat kerja-kerja perkayuan disini di import khas dari Bali bagi mendapatkan hasil kerja yang berkualiti tinggi









Hokeh...my models berposing lagi....
depa mintak mandi, ummi x bagi sbb semua mmg tak prepared untuk bermandi manda...lagi pun, ummi tak larat naa....

Thursday, November 3, 2016

Semak keputusan peperiksaan secara online

Assalammualaikum...

Bagi ibu bapa yang nak semak keputusan peperiksaan sekolah anak-anak, boleh semak   DI SINI  siap sedia no kad pengenalan mereka, pastikan mykid mereka dok sebelah pc ea... 

Ummi mood ceria banyak sikit petang ni, baru je semak keputusan peperikssan sekolah anak-anak secara online, alhamdulillah keputusan mereka tidak mengecewakan...

boleh lah balik nanti ummi buat surprise.. :)




Penting ke semak keputusan peperiksaan anak-anak?

Pada ummi, penting. tapi bukan bermaksud ummi nak beri tekanan kepada mereka, sebaliknya ummi nak pupuk minat belajar mereka...

sebenarnya pada ummi kalau result mereka tidak cemerlang, asalkan tiada matapelajaran yang gagal, sudah cukup alhamdulillah sebab usi mereka yang masih muda... dan pastinya bila mereka dapat keputusan gred A atau B  ummi sangat gembira...bermakna doa ummi buat anak-anak dah termakbul...  :)

Doa ibu kan doa paling hebat buat anak-anak...jangan abaikan ea... :)

13 mata pelajaran untuk tahap 1... banyak nya...   

yup, anak-anak sekarang ditekan dengan 13 mata pelajaran seawal umur 7,8 dan 9 tahun....
berganda dari zaman ummi darjah satu dulu....tapi, itulah peredaran zaman, kita sebagai ibu bapa perlulah menyokong minat mereka agar mereka dapat bernafas dalam menghadapi peperiksaan demi peperiksaan....

tapi, dari 13 mata pelajaran itu, hanya 6 matapelajaran teras yang diambil kira dalam penyusunan kelas serta pemrkahan anak-anak...6 mata pelajaran itu ialah:

1. bahasa melayu Pemahaman
2. Bahasa Melayu Penulisan
3. Bahasa Inggeris Pemahanam
4. Bahasa Inggeris Penulisan
5. Matematik
6. Dunia Sains dan Teknologi

haaa... kesian takkk...

semoga mereka berjaya dunia dan akhirat....amin.. :)