Monday, October 13, 2014

Bahaya Kekurangan Vitamin C

Salam..

 Tahukah anda bahawa kekurangan vitamin C dalam badan boleh mengakibatkan kematian??
Kekurangan vitamin C atau Asid Acorbik secara berpanjangan dalam diet harian boleh mengundang kepada penyakit Skurvi. Antara kesan penyakit ini ialah badan menjadi lemah, tulang rapuh dan gusi berdarah.Penyakit Skurvi ini telah dikesan seawal 1550  sebelum masihi apabila masyarakat Mesir Purba dikesan mempunyai simptom Skurvi


Sumber Vitamin C
Vitamin C tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan manusia oleh itu pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran atau vitamin C tambahan perlulah diperoleh secukupnya secara harian. Kandungan Vitamin C dalam badan tidak dapat bertahan lama kerana setiap lebihan yang tidak diperlukan akan keluar dari badan melalui urin.!

Kehadiran Vitamin C boleh didapati dari sumber buah-buahan atau sayuran namun daripada  90% , kira-kira 50% akan terhapus dalam proses penyediaan makanan. Keadaannya yang larut dalam air menyebabkan kebanyakkan kandungan vitamin ini terlarut ketika sayur atau buah dibasuh, direndam, disimpan atau dimasak.

Buah serta sayur yang dipetik sebelum cukup matang atau masih muda juga mempunyai vitamin yang kurang berbanding yang ranum.

Vitamin C yang bersifat asid kaya pada buah-buahan sitrus seperti limau, tembikai susu, beri, dan sayur-sayuran seperti bayam, tomato, brokoli dan kobis..


Amalkan pemakanan sihat demi hidup yang lebih bermakna :)









No comments:

Post a Comment