Thursday, January 1, 2015

Anak Dijangkiti Chickenpox

Salam,

Cuti sekolah kali niy diuji apabila  anak dijangkiti chickenpox..bukan sorang dua...tapi 3 orang bergilir-giglir...masa post niy tinggal baby hana 22m yang blom kena lagi...Mujur ummi dah pernah kena chickenpox niy so dah imune pada kuman nih..Inshaallah...



pagi Rabu tu perasan ada macam jerawat kat pipi Abang Akhil, my 7y son....
Tapi tak telek2 sbb sebijik jer...
Membawa ke petang, ambil dari taska nampak dah tiga bijik kat muka...n selak2 kat rambut banyak rupanye...hehe..confirm lah anak dah dijangkiti chickenpox!!

Bawa g klinik terus dan doctor bagi ubat demam, ubat tahan gatal, antibiotic serta calamine lotion untuk sapu pada kulit yang dijangkiti chickenpox niy.. :)

Lepas settle klinik, bawa balik rumah, bagi sebiji Chewable Vitamin C...rasa mcm nak bagi lebih sebab risau naik demam....
Petang tuh tak bagi mandi.. adess, seronok bangat dia!! Selalu memang liat nak suruh mandi...lepas makan, ummi bagi antibiotic..Kenapa tak boleh mandi? sebab ketika mula nak naik bintat-bintat berair niy, klu kena pada air paip, akan tinggal kesan parut kehitaman pada kulit anak...

Malam pulak abi balik bawak air kelapa siap!! :)
Masalah nya tak mau minum pulakk!! Puas pujuk n akhirnya nak jugak setelah diumpan dengan chewable Vitamin C lagi.... tapi ummi tambah sikit air gula dalam air kelapa agar rasa sedikit manis..

Antara pantang-pantang yang ummi amalkan untuk anak-anak yang dijangkiti chickenpox nih ialah:

1. minggu pertama tak bagi depa mandi...tak bagi kulit kena air... - semata basuh punggung, gosok gigi dan basuh muka sikit...
2. minum air kelapa - katanya untuk bagi keluar habis...tapi budak2 tak suka jadi dapat bagi 2x sahaja....
3. Jaga supaya mereka tak kena hujan....kena pulak time tuh memang kerap hujan... 
4. Tak bagi berpeluh sangat sebab risau mereka tak tahan gatal
5. jaga pemakanan...strictly no seafood kecuali ikan kerisi dan ikan tenggiri..- pon sebab risau jadi gatal
6. Tak goreng2 dalam rumah... konon nya sebab wap goreng tajam pada pesakit yang dijangkiti chickenpox..
7. Habiskan antibiotic....walaupun xsedap....sebab kalau dah mula kena habis kan course tuh.... anak-anak dah besar dan dah lama tak sakit, dah lama tak kena makan antibiotic, baru umi bagi makan antibiotic niy sebenarnya...
8. Tak tinggal Vitamin C xtra dosage...alhamdulillah tak ada yang demam dan merengek teruk-teruk walaupun boleh tahan banyak nya yang keluar kat badan...

Minggu ke dua...

Alhamdulillah bintik-bintik kat badan tuh dah mula kecut dan mengecil...elok jer kecik-kecik serta cerah..tak der parut hitam...

masa ni ummi mula bagi mandi guna air sabun special.... Basic H...ha..jangan tak tau Basic H nih boleh wat mandi...ummi tak guna antiseptic lain sebab memang tak der simpan kat rumah pun...

serta mula sapu Krim Herbal Blend Shaklee yang serba guna...
Lepas dua minggu abang Akhil dan kakak Nuha kembali ke taska macam biasa.. muka bersih jer sebab 2 minggu berkurung di rumah... :)

Sepanjang tempoh 2-3 minggu memang akan basuh baju mereka dengan Basic H serta asingkan tuala dan tempat tidur dari adik-adik yang tidak dijangkiti chickenpox

tapi ...kalau dah nama nya budak...adik beradik tu lah kawan ketawa dan menangis...masing-masing aktif walaupun sedang dijangkiti chickenpox penuh satu badan...

2-3 hari kemudian...
Saffiyah Humairah pulak mula menunjukkan tanda-tanda macam abang nya...and the story continues....dok repeat segala macam remedies nak bagi kulit pulih seperti sediakala setelah dijangkiti chickenpox...

Nak satu set penjagaan selepas dijangkiti chicken pox macam yang saya guna untuk anak-anak saya?

Hanya tekan butang beli sekarang, dan buat pesanan terus untuk dapatkan produk Shaklee yang terbukti sentiasa berkesan, sentiasa selamat serta sentiasa mesra alam  :)
atau,
hubungi ummi untuk lebih maklumat lanjut serta hadiah istimewa untuk sebarang pembelian...



seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)


**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**



No comments:

Post a Comment