Wednesday, January 7, 2015

Pengalaman berpantang

Salam,

Hari niy nak kongsi pengalaman makan jamu ketika berpantang anak pertama dan kedua dulu... masa niy memang tak buat preparation lansung, ingatkan hanya order dengan tukang urut dah ok...

Jadi selepas balik dari hospital, saya call tukang urut n set time untuk dia datang urut dan beli sekali jamu kampung dengan dia... 

Antara yang dipesan ialah
- param
-pilis
-bedak sejuk dan 
-jamu

Semasa berpantang anak pertama, saya tak dapat nak habiskan jamu-jamu yang dibeli dari mak bidan, termasuklah bedak pilis dan param...kerana pada 2 minggu pertama memang anak kena jaundis, tak boleh makan jamu....lepas anak sihat dari jaundis baru berani makan jamu tapi dalam kuantiti yang sedikit...Jadi berlebihlah segala kelengkapan tersebut...

Jadi sebaik sahaja saya disahkan mengandung anak kedua semasa anak pertama baru sahaja 6 bulan, saya pun terfikir untuk menggunakan sahaja jamu dan bahan-bahan lain tuh , sayang pulak nak buang..tambahan pula jarak anak agak rapat, jadi nak cut coast selagi boleh...masa tue excited nak beli baju baby girl, kerana anak sulung lelaki jadi memang sangat excited...keperluan berpantang jatuh nombor 2....

Itulah yang bermain difikiran saya...tapi, bila booking dengan bidan untuk berurut kena marah sebab jamu semua tuh tak tahan disimpan katanya...huhu,...balik check memang dah tak elok, dah berkulat....melaburlah jugak beli yang baru....

Setelah melahirkan anak kedua, saya sekali lagi mengalami masalah yang sama apatah lagi kali ini anak saya mengidap prolog jaundice...Hampir sebulan berulang ke hospital...tiada istilah berpantang...
Badan sakit-sakit, susu pun drop... kalau kenang semula memang sedih...KALAULAH...kalaulah masa tuh saya tau betapa pentingnya set berpantang terbaik ..sebab hanya ibu yang sihat akan cukup cergas dan bertenaga untuk menguruskan anak-anak, terutamanya yang masih bayi....

Mujur tidak mengalami komplikasi yang terlalu teruk...cuma bentan diakhir tempoh berpantang dan luka juga agak lambat sembuh, mencecah 3 minggu....cuma selepas tempoh berpantang saya dapati kaki sering sejuk, badan kerap sakit-sakit dan rambut gugur dengan sangat banyak...

Pengalaman tersebut membuatkan saya agak kisah bila ada bakal-bakal ibu yang bertanya mengenai Set Berpantang TerbaikIni kerana sebolehnya saya harap tiada lagi ibu yang berpantang seperti saya dahulu, dan dapat mengutamakan penjagaan semasa berpantang agar dapat menguruskan anak dengan lebih baik...

jadi sangat harap bakal-bakal ibu buat persediaan sebelum bersalin dengan menitik beratkan juga kesihatan badan sendiri, dan bukan hanya kelengkapan bayi yang comel-comel tuh...

Bertindak sekarang!

Hubungi ummi untuk mendapatkan Set berpantang terbaik  dengan hadiah istimewa atau beli terus secara online dan set berpantang terbaik dari rangkaian produk Shaklee yang original akan jadi milik anda semudah satu dua tiga :)


seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**

No comments:

Post a Comment