Wednesday, November 19, 2014

6 sebab utama kenapa perlu minum Air

Salam,

60% dari badan manusia ialah cecair..sebab tue kita kena minum air ;)   betul ker?? fakta dari mana??

betul lah tue...cuma 60% tue termasuklah darah, serta macam-macam jenis cecair badan yang lain...

kita terdedah kepada haba dari badan sendiri, juga dari cuaca persekitaran, kering dalam aircond, kencing, atau berpeluh,  dan muntah ketika demam atau tidak sihat... seterusnya air dalam badan akan tersejat keluar dan menyebabkan kita kurang bermaya dan jika tidak dirawat segera, beberapa sistem badan juga mungkin terjejas.

Cecair badan ini berfungsi menggalakkan penghadaman, penyerapan nutrient dari makanan dan minuman, peredaran darah, penghasilan air liur, membawa nutrient ke seluruh tubuh dan juga mengekalkan suhu badan.

Kenapa badan memerlukan air??

penjelasan kepada persoalan utama diatas ialah seperti;

1. Minum air yang mencukupi bagi fungsi badan; 
- kelenjar pituari di otak akan berkomunikasi dengan ginjal dan menentukan jumlah air  yang perlu dikeluarkan sebagai air kencing dan jumlah yang perlu dikekalkan untuk menampung fungsi badan yang lain.

Dan apabila jumlah cecair badan berkurangan, signal akan dikeluarkan untuk mengaktifkan mekanisma haus badan... Jadi, seeloknya minum sebaik sahaja terasa haus kerana itu tandanya cecair badan tidak mencukupi.


2. Air membantu mengawal kalori. 
Benar!! air mampu membantu mengawal kalori yang masuk ke dalam badan seseorang dan seterusnya membantu menurunkan berat badan. Khasiat air?? ialah sebagai gantian kepada air-air manis berkalori tinggi yang sering diambil. Gantikan dengan air putih / masak / mineral dan dapatkan kesan dalam jangkamasa panjang; berat badan pun boleh turun :)

malah makanan yang mengandungi kadar cecair yang tinggi seperti bihun sup berbanding bihun goreng,yang memerlukan lebih masa untuk dikunyah akan diserap secara perlahan-lahan oleh badan, dan perut akan lebih cepat kenyang...Maka anda akan makan kurang berbanding bila makan makanan bergoreng / kering.


3. Air membekalkan tenaga kepada otot.

 Sel badan yang kering / kurang air boleh menyebabkan kelesuan pada otot tubuh. Ini akan menyebabkan kegagalannya fungsi dalam menjalankan aktiviti seharian. Minum air yang mencukupi bagi mengelakkan masalah dihidrasi terutamanya ketika sedang bersenam kerana bendalir badan akan berkurangan kerana suhu badan naik dan juga tersejat sebagai peluh..

Amalkan minum air yang banyak seawal 2 jam sebelum melakukan aktiviti senaman agar bendalir badan dapat diganti sebaik mula berpeluh. Seeloknya pilihlah minuman isotonik agar tubuh lebih bertenaga dan otot badan dapat berfungsi sepenuhnya.




4. Air bantu kekalkan kesihatan kulit agar cantik berseri. 
Kulit mengandungi cecair dan sistem yang berfungsi mengawal kehilangan air secara berlebihan. 
Dihidrasi akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan garis-garis halus akan kelihatan. Minum air yang mencukupi akan mengawal ia dari berlaku.

Anda juga boleh menggunakan pelembap kulit untuk menjaga kelembapannya.

5. Air membantu buah pinggang berfungsi dengan baik.
Cecair adan juga bertindak membawa bahan buangan keluar dari sel-sel badan. Toksin utama dalam badan ialah blood urea nitrogen yang larut air dan akan melepasi buah pinggang untuk keluar bersama air kencing. 

Apabila air badan berkurangan dan tidak mencukupi, air kencing akan menjadi pekat serta menyebabkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk menyingkirkan toksin dalam badan... dan jika ini berterusan, toksin akan terkumpul menjadi batu karang. dan mengakibatkan kesakitan ...


6. Air mengekalkan kesihatan sistem penghadaman.
Cecair badan didalam usus bertindak membawa bahan pencernaan dengan lancar. Apabila cecair berkenaan berkurangan, kolon akan menyerap semula air yang ada pada bahan buangan untuk menstabilkan fungsi penghadaman. ini menyebabkan najis menjadi lebih keras dan mengganggu sistem penghadaman.

Cecair dan serat umpama penyapu yang menyapu bersih usus anda!!



seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**

Tips kulit cantik sihat secara semulajadi

Salam,

Seiring peningkatan usia, kulit akan mula merosot dan menampakkan kesan-kesan penuaan serta jeragat dan garis-garis halus. keadaan ini berlaku kerana penghasilan kolagen akan mula berkurangan. 

dengan adanya perkembangan pesat bidang kosmetik, terhasilah pelbagai produk yang bukan sahaja dapat menutup cela-cela pada wajah, malah ada juga yang dapat memudahkan terus garis-garis halus atau kesan kawah jerawat pada kulit...

Namun, ianya hanya sementara malah terdapat juga ketidak sesuaian kulit terhadap produk-produk tersebut yang memburukkan lagi keadaan kulit sedia ada.


bagi mengatasinya, produk-produk penjagaan kulit yang natural, lebih selamat tanpa kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan menjadi pilihan lebih bijak.

bagi mendapatkan kulit yang nyata lebih sihat dan cantik memerlukan tiga elemen penjagaan yang menyeluruh dan pastinya memerlukan komitmen serta kesungguhan seseorang itu sendiri.

Bermula dengan rutin penjagaan kulit yang asas hingga yang paling mewah, diikuti dengan senaman secara berkala dan akhir sekali pemakanan sihat yang berkhasiat untuk kecantikan kulit, pastinya keremajaan dan kesihatan kulit dapat bertahan dengan lebih lama dan anda akan kelihatan lebih muda dari usia... inshaallah...

Tips kulit cantik sihat dari dalam secara semulajadi

1. Senaman Kardio -  Bersenam secara konsisten setiap hari dapat menambah kecantikan kulit secara semuladi kerana bersenam akan membantu peredaran darah menjadi lebih lancar. Senaman kardio seperti berjalan, berenang, menari, aerobic dapat memberi kesan ini. Senaman kardio yang ringkas seperti berjalan boleh dilakukan seawal pagi seperti berjalan kesurau untuk solat subuh berjemaah atau mungkin di sekitar halaman rumah sewaktu menyiram bunga.

Sibuk bekerja? cuba amalkan berjalan ke pejabat dengan meletak kenderaan agak jauh dari pejabat. :)  ~ amalkan, dan dapatkan bonus penurunan berat badan serta jadi lebih sihat.

2.  Pemakan sihat tinggi nutrisi - Vitamin A, B, C, E serta protein, zinc, antioksidan dan karbohidrat antara nutrisi yang diperlukan oleh tubuh melancarkan peredaran darah. Ia menggalakkan kulit yang sihat serta mengelakkan kesan-kesan penuaan pra matang dari terjadi. 

Ini boleh diserap melalui pemakan seimbang dengan menambil lebih sayur-sayuran hijau, ikan, kacang, jus buah-buahan segar, telur, susu, yogurt dan pelbagai makanan kesihatan.


Akhirnya, rutin penjagaan kulit. Adalah sangat penting untuk mengamalkan rutin penjagaan kulit bagi mendapatkan kesan yang optimum dalam mengekalkan keremajaan kulit.

Dari rutin asas harian seperti mencuci muka, menyapu penyegar dan pelembab hinggalah melakukan facial treatment mingguan seperti scrub dan penggelupasan serta memanjakannya dengan mask muka untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalannya..

-mencuci muka menggunakan pencuci muka yang lembut, semulajadi serta sesuai dengan jenis kulit setiap pagi dan petang.
-scrub muka untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang ada, agar dapat menghasilkan sel-sel baru yang lebih muda dan segar dan menjamin keanjalan kulit. seeloknya dilakukan dua kali seminggu. scrub lembut hingga leher dan kemudian cuci dengan air suam, dan akhir sekali bilas dengan air paip yang sejuk... dan biarkan ia kering seketika...Ini dapat meningkatkan effect kulit glowing2.. gituu... :)
-Toner/ penyegar : Sapu menggunakan kapas lembut dan biarkan ia meresap kedalam kulit. 
-pelembab: asas yang paling penting dalam penjagaan kulit wajah. kerana kulit kering akan menampakkan garis-garis halus..Pilih pelembap muka yang mengandungi vitamin E serta mudah diserap , dan memiliki SPF (antara 15-30) adalah sangat baik...


dan Akhir sekali , kulit memerlukan pelembab dari dalam untuk kekal lembap anjal dan segar dari luaran. Minum air mencukupi antara 2.5-3liter sehari dapat membantu mengekalkan keremajaan kulit..serta memperbaiki kesihatan anda secara keseluruhan :) 



seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**







Monday, November 17, 2014

Persediaan berpantang sendiri selepas bersalin

Salam,

Semenjak dua menjak niy, semakin ramai yang memilih untuk berpantang sendiri di rumah, sama ada yang bersalin normal mahu pun yang bersalin secara Ceaser

Antara penyebab utama nya ialah:
1. Tinggal jauh dari keluarga
2. Ibu /keluarga telah uzur / masih sibuk bekerja
3. Memudahkan urusan anak-anak lain yang telah bersekolah

Rasanya tak salah berpantang sendiri jika terpaksa dan merasakan berpantang sendiri lebih mudah,( ummi juga berpantang sendiri ketika bersalin kali ke 2, 3 dan 4) tetapi masih perlu BERPANTANG... bukan main lebur je...

Bukan apa, penjagaan semasa berpantang adalah demi kesihatan pada masa hadapan, kalau ibu tak jaga kesihatan, macam mana pula dengan anak-anak kemudian?? Siapa yang akan bantu menjaga anak-anak jika ibu mula sakit atau terlantar tak boleh bangu??

Jadi yang paling utama semasa membuat keputusan ingin berpantang sendiri ialah dapatkan persetujuan serta kerjasama suami...atau ahli keluarga / jiran terdekat...
Antara persediaan yang perlu di lakukan sekiranya memilih untuk berpantang sendiri ialah :
1. Membuat persediaan keperluan bayi sebelum bersalin
2.Membuat persediaan keperluan ibu berpantang
3. Membuat perancangan / persediaan bagi anak-anak lain bawah jagaan ibu sepanjang berpantang   -sekiranya mempunyai anak lain dari baby baru

Penting bagi ibu untuk mendapatkan maklumat-maklumat  berkenaan berpantang seperti apa yang perlu dilakukan sepanjang berpantang dan pemakanan macam mana yang perlu diambil ketika berpantang...

Bagi yang pernah berpantang dengan ibu / keluarga pasti boleh merangka2 persediaan yang diperlukan..
tetapi bagi yang berpantang anak sulung terutamanya, rajin-rajin lah cari maklumat sebelum bersalin..(boleh dapat maklumat dari internet/ pengalaman rakan-rakan atau kaum keluarga)

Jadi jika ada keperluan...sila buat persediaan awal bagi mengelakkan perkara-perkara seperti:
-terpaksa drive seawal seminggu bersalin; spt hantar anak sekolah, g pasar
-ibu bentan, menggigil seorang tak larat bagun tapi baby nangis nak susu...
-atau ibu pitam semasa berseorangan dengan baby..
-ibu juga mungkin stress dan mengalami masalah meroyan..

hasil kesemua diatas ialah penghasilan susu ibu yang kurang meriah.. pastu anak nangis x henti sebab xpuas menyusu...

Please...wat preparation ....paling tidak, demi bayi comel anda :)
saya berpantang sendiri sebanyak 3 kali, dan Alhamdulillah...masih dapat amalkan rejimen berpantang n pantang larang berpantang selepas bersalin walaupun tak berapa nak konsisten....

nanti akan dikongsikan dalam entry yang lain, Inshallah...
Take care

seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**

Supplement Anak Sihat dan Pintar

Salam,

Anak kerap demam atau selsema? Atau mungkin mempunyai kurang daya tumpuan di sekolah?? 
Risau kerana anak seringkali terpaksa di berikan ubat-ubatan dari klinik? atau kerap berulang ke klinik saban bulan???

Kenapa tidak lindungi anak-anak dengan pemakanan nutrisi tambahan yang bukan sahaja sedap malah turut bermanfaat untuk kesihatan, dan pembelajarannya??



Khas untuk ibubapa yang inginkan khasiat istimewa terbaik untuk anak mereka;


Supplement untuk anak membesar sihat dan pintar



 terutamanya Omega Guard niy bukan sahaja bagus sebagai langkah pencegahan apabila anak mula bersin, malah ia turut beri kesan positif pada anak yang mempunyai masalah asthma...


Anak tak suka makan ubat??

Bagi anak-anak yang menyusu botol, boleh tambahkan sesudu dalam susu dan percayalah, rasanya memang sedap...

Omega Guard pulak hanya 2 biji seminggu...jadi ibu boleh lah berkreatigf untuk tambah dalam cekodok atau pun sup...

My little hana (1y 10m) sangat suka makan begitu sahaja...hari2...nak ili...nak ili... sampai ummi kena pantau n sorok..

Begitu juga dengan Vitamin C yang sedap niy... anak-anak suka rasanya yang sedap dikunyah...macam oren gitu...

Testimoni sendiri:
~ini bukan maian-main...bukan jual ubat...niy memang testimony sendiri yang sangat puas hati..

Dalam musin hujan yang selalunya sejuk niy...dengan anak-anak yang xsuka tidur berselimut, mudah sangat untuk mereka niy selsema... jika balik dari sekolah n rumah pengasuh mereka mula bersin; saya akan beri seorang sebiji Omega Guard , jadi bila bangun esoknya, dah xder tanda2 selsema...dan Alhamdulillah...balik dari rumah pengasuh pun masih elok... :)


 Hubungi untuk lebih maklumat dan pelanggan ummi akan diberikan khidmat nasihat secara ekslusif. Atau anda boleh BELI SEKARANG dan Supplement Anak Sihat dan Pintar anda akan sampai terus ke rumah anda :)




 seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**





Tuesday, November 11, 2014

Omega Guard Shaklee Akibatkan Kulit Kemerah-merahan

Salam,

Pengambilan Omega Guard Shaklee secara teratur telah mengakibatkan kulit menjadi kemerah-merahan dan lebih licin serta mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon yang lazimnya menyebabkan masalah PMS.

Omega Guard Shaklee merupakan Minyak Ikan terbaik dunia kerana ia dihasilkan dari sumber ikan laut air sejuk yang paling berkualiti di pasaran. Ia dihasilkan dengan mengekalkan spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega yang diperlukan oleh badan bagi menghalang blood clotting . Walaubagaimanapun, badan tidak berupaya untuk menghasilkan sendiri Omega 3 yang diperlukan ini. Justeru anda boleh mendapatkan manfaat Asid Lemak Omega-3 didalam Shaklee Omega Guard

Dengan menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini... shaklee memastikan produk ini amat tulen serta selamat dari pencemaran logam.

Apa sebenarnya manfaat utama Omega Guard pada kesihatan?

Ia mampu membantu mencegah penyakit saluran darah serta strok dengan menentang thrombosis, tekanan darah tinggi dan kepekatan darah serta membantu melincirkan saluran darah. Efektif untuk mengekalkan tekanan darah normal, omega guard juga mampu merendahkan kolestrol.(perut lambat lapar, sesuai untuk yang nak kuruskan badan..)

DHA yang turut terkandung dalam Omega Guard Shaklee ini mempunyai peranan yang sama dengan DHA yang terkandung dalam susu ibu iaitu membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin, terutamanya pada trisemester terakhir kandungan.  

DHA juga bertindak meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran serta turut mencegah migraine.

Bertindak mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoiasis, bronkitis, lelah,  SLE dan sakit buah pinggang, manfaat Omega-3 terus ditemui dengan hasil kajian mendapati ia juga mampu mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.

Bagi individu yang telah menjalani pembedahan hati, minyak ikan Omega Guard juga membantu meransang semula kesihatan hati. manakala bagi pesakit kanser, ia bermanfaat untuk memastikan pankreas dapat berfungsi dengan lebih efektif.

Sifat asid lemak Omega 3 yang mampu larut dalam tisu rawan mampu mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.


Dapatkan Omega Guard Shaklee bagi kegunaan seisi keluarga.


Hubungi untuk lebih maklumat dan pelanggan ummi akan diberikan khidmat nasihat secara ekslusif. Atau anda boleh BELI SEKARANG dan Omega Guard Shaklee anda akan sampai terus ke rumah anda



seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**



5 cara tangani masalah anak cerewet memilih makanan

Salam,

Adakah anak anda seorang yang cerewet dalam memilih makanan? sudah diberikan pelbagai makanan berkhasiat tetapi makanan segera juga yang mendapat tempat dimata & mulutnya??

Adakah ayam goreng yang diminatinya (tiap2 hari mesti ada) dapat membekalkan semua khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran secara optimum?




Atau mampukah nuget yang diminta setiap  pagi dan petang itu dapat menggantikan serat yang diperlukan oleh perut untuk proses penghadaman?


Kanak-kanak memerlukan khasiat pemakanan yang seimbang dan sihat kerana pada usia ini perkembangan otak dan tumbesaran mereka adalah amat pesat dan kekurangan mana-mana khasiat dari gizi pemakanan memberikan kesan terhadap pertumbuhan mereka..






Situasi 1: Anak tidak mahu makan / makan sedikit sahaja

Cara atasi: Hormati perasaan anak kerana mungkin dia benar-benar masih belum lapar, kan sunnah makan apabila lapar...Apabila tiba masa makan, hidang makanan dalam jumlah yang kecil, memadai sekadar untuk perut comelnya itu, beri peluang untuk dia meminta sendiri hidangan tambahan dan puji seleranya pada hari itu. Juga jangan paksa dia melakukan kerja kerana telah makan. sebaliknya boleh minta dia mengangkat / membersihkan pinggannya kerana dia memang rajin. :)


Situasi 2: anak menolak sesetengah jenis makanan yang dihidangkan oleh ibu - kadang-kadang anak bersikap memlih sebenarnya adalah lebih kerana ingin menunjukkan bahawa mereka juga ada pendapat mereka sendiri..terutamanya jika mereka jenis yang suka berdikari..

Cara atasi: Sesekali anda boleh membiarkan mereka memilih sendiri menu mereka; dengan menyediakan 2 atau 3 pilihan makanan sihat yang selalunya mereka akan tolak. atau anda boleh libatkan mereka dalam proses penyediaan makanan cthnya meminta mereka menyiang sayur berdaun (tanpa pisau) untuk dimasak. (selalunya mereka akan mengalah apabila dihidangkan makanan yang telah mereka 'masak' bersama)


Situasi 3: Anak hanya minat makan snek rapu atau makanan ringan sahaja.

Cara atasi: sekiranya berkesempatan, ibu boleh membuat sendiri snek2 tersebut dirumah, contonya membuat bergedil bagi menggantikan nuget segera, menggoreng wedges dengan menggunakan kentang segar atau membakar pizza menggunakan roti nan dan kiub ayam segar...
Jika mempunyai masalah kekangan masa, ibu juga boleh membeli makanan produk IKS yang selalunya mengandungi kurang pengawet berbanding makanan dalam tin dan makanan yang disediakan sendiri menggunakan minyak goreng yang baru berbanding di restoran yang menggunakan minyak goreng berulang kali -kolestrol tinggi!


Situasi 4: anak hanya mahu menu yang sama setiap hari.

Cara atasi: tidak putus asa dan bersabar dalam memperkenalkan makanan baru. Contohnya anak hanya suka makan ayam dan tidak mahu menyentuh ikan lansung. Ibu boleh cuba perkenalkan ikan goreng pada hari pertama dan minta dia merasa secubit. tak mengapa jika dia meluahkn semula, pujilah dia kerana telah mencuba. dan kemudian barulah memberinya sepotong ayam atas usahanya itu.. Hari kedua, ibu boleh meneruskan usaha dengan menyediakan ikan masak kicap pula...juga guna teknik yang sama spt hari 1 namun tambah kuantitinya menjadi 2 cubit ikan  dan lihat cara dia menerimanya. ulang dengan menu ikan yang berbeza pd setiap hari dan kenal pasti yang mana lebih digemarinya dan mungkin pada hari ke lima atau enam ibu dan boleh berhenti masakkan ayam goreng...


Situasi 5: anti warna hijau!!

cara atasi: ibu boleh mempelbagaikan jenis sayur-sayuran yang dihidangkan... seperti lobak, tomato atau timun tanpa kulit ;) trick dengan sedikit imaginasi, atau mungkin potong dengan cara yang sedikit berbeza/ sudu /mangkuk yang lebih comel..Kekalkan mood ceria dan sihat...


Bagaimana jika anak masih tidak berselera makan? Boleh juga tambahkan Meal Shakes,  nutrisi formulasi hebat Shaklee bagi memastikan anak kembali berselera dan mendapat bekalan nutrisi secukupnya agar mereka tetap sihat dan bijak .. disamping teruskan memujuk dan mendidik... :)



Walau bagaimanapun caranya, pujuk dan didik anak untuk memilih makanan yang sihat adalah satu keperluan dan ilmu yang perlu disampaikan dan diterapkan sedari kecil... amalan pemakanan sihat merupakan satu usaha dalam penjagaan kesihatan anak..justeru usaha lah sehabis daya, dan kemudian bertawakallah padaNya... semoga anak-anak kita terpelihara, Inshallah...


seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**










Saturday, November 8, 2014

Tangani tanda-tanda awal selsema

Salam, 

Tahukan anda bahawa bayi yang mengalami selsema yang berpanjangan mempunyai risiko jangkitan paru-paru? Terutamanya bagi bayi-bayi pramatang. Ini kerana walaupun bayi mendapat antibodi dari ibu semasa penyusuan susu ibu, keadaan virus yang cepat bermutasi dan berubah-rubah menyebabkan selsema atau flu dikalangan bayi amat mudah berlaku.. 
(keadaan bertambah buruk bagi bayi yang tidak mendapat antibodi dari susu ibu)







Kenali tanda-tanda awal selsema

1. Anak mula banyak 'songeh' - 

kerap meragam, tidak berselera dan tidak selesa terutama apabila baring secara telentang... dan nampak cepat letih.


2. Tanda-tanda fizikal; mula bersin, hidung bewarna merah atau berair

ketika ini badan mula melawan jangkitan selsema. Ibubapa akan kerap mengelap hidung anak dari hingus ini tetapi langkah yang terbaik ialah dengan mengeluarkan terus hingus tersebut, bagi kanak-kanak, bolehlah diminta menghembus sendiri tetapi bagi bayi yang masih kecil,  ibu bapa boleh mencuba beberapa kaedah ini untuk mengeluarkan hingus dari hidung bayi:

   - sedut dengan mneggunakan mulut : cara ini lebih alami dan lembut kerana ibu bapa boleh mengagak kuasa sedutan yang selamat.

   -menggunakan alat penyedut hidung yang boleh dibeli difarmasi;




   contoh alat penyedut hingus bayi
   gambar cdt kepada encik saiful 









3. Menggunakan kaedah steam and percussion iaitu dengan menggunakan sebekas air panas yang berwap, boleh juga tambahkan 2 biji tablet Shaklee ... Dan kemudian wapkan bayi yang telah diletak atas paha ibu secara meniarap.




4. Terdapat juga Sterimar Nasal Spray yang bertindak membersihkan hidung agar bayi lebih selesa. (juga boleh di dapati di farmasi atau klinik)












Bagi memastikan bayi anda selesa untuk tidur malam, boleh sapu Herbal Blend Shaklee pada dada dan belakang bayi , dan letakkan dia dalam posisi mengiring agar dia berasa lebih selesa...Inshallah dia akan dapat rehat & tidur lebih lena... so does parents :)






seorang ummi kepada 4 orang cahaya mata yang sangat aktif, zaujah kepada abi yang sporting..yang menjadi pengedar Shaklee untuk membantu lebih ramai pelanggan menikmati hidup yang lebih sihat, Insyaallah... :)
**sms/WA/ telegram : 0166251312 **FB Sazlina Eina, ** email: dariummi83@gmail.com**